Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh mahu penunggang basikal di jalan raya agar dilindungi.
Ini selepas ada segelintir netizen menurutnya dengan sengaja menghasut pengguna jalan raya lain melanggar penunggang basikal.
Amarjit Singh Gill meminta polis segera menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menghasut ini.

Komen ofensif itu wujud, berikutan insiden tegang melibatkan pemandu bas dan sekumpulan penunggang basikal baru baru ini. Ianya membuatkan PKBM tampil untuk memberikan komen.
Pada masa yang sama Amarjit Singh juga mengingatkan semua pihak bahawa penunggang basikal turut mempunyai hak di bawah undang-undang sebagai kumpulan pengguna jalan raya di Malaysia.
PKBM pertahankan hak penunggang basikal
Dipetik dari sumber Astro Awani, Amarjit Singh berkata: “Hantaran berkenaan adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan bersifat ugutan jenayah yang mengancam nyawa ribuan penunggang basikal yang menggunakan jalan raya awam setiap hari.
“Penunggang basikal juga berhak sebagai satu kumpulan pengguna jalan raya dan apa-apa kemalangan yang disengajakan kepada mana-mana penunggang basikal menggunakan kenderaan bermotor boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Mengulas tentang insiden baru baru ini melibatkan penunggang basikal yang didakwa telah mengambil sebahagian besar bahu jalan kerana berbasikal beriringan, Amarjit berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut.
Presiden PKBM mededahkan bahawa aktiviti berbasikal di jalan raya awam adalah dibenarkan kecuali di tempat yang ada larangan khusus selepas proses pewartaan seperti di lebuh raya tertentu, serta kawasan yang sudah ada papan tanda melarang aktiviti berbasikal.
Beliau meminta semua pihak bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri. Dan pada masa yangg sama PKBM menyeru semua pihak termasuk penunggang basikal menitikberatkan aspek keselamatan sebagai pertimbangan utama dalam semua aktiviti mereka, tidak kira untuk tujuan riadah atau sukan.

Penunggang basikan di jalan raya awam perlu mematuhi peraturan lalu lintas dan memakai topi kaledar yang diiktiraf serta menggunakan lampu depan dan belakang.
Selain itu mereka juga harus memakai pakaian berwarna terang untuk memudahkan mereka dilihat pengguna jalan raya lain. Penunggang basikal mestilah berkayuh secara satu barisan dari depan ke belakang atau single file di laluan motosikal sekiranya ada atau di bahu jalan.
Semua langkah keselamatan itu perlu untuk mengelakkan atau mengudang risiko keselamatan semua pengguna jalan raya.