Rapid Bus membuka siasatan dalaman ke atas pemandu bas mereka yang terlibat konfrontasi dengan sekumpulan penunggang basikal baru baru ini.
Dalam insiden tersebut, penunggang basikal mendakwa bas yang dipandu pemandu bas tersebut telah menghimpit dan seolah olah mahu membun*h mereka.
Dalam video tersebut pemandu bas kelihatan tidak berpuas hati kerana menurutnya, penunggang penunggang basikal itu menghalang laluan kerana menunggang basikal bersebelahan antara satu sama lain.
‘Pemandu Bas Cuba Nak Bun*h Kami’ – Dakwa Geng Kayuh Basikal
Penunggang penunggang basikal tersebut bengang dengan tindakan pemandu bas tersebut. Mereka juga dikatakan telah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.
Pemandu bas disiasat
Terbaru, Rapid Bus sudah melancarkan siasatan dalaman ke atas pemandu bas mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.
Dan hasil siasatan awal mendapati pemandu bas Rapid bus berdepan kerumitan dalam pemanduannya kerana gangguan daripada penunggang penunggang basikal tersebut yang ‘mengambil’ sebahagian daripada laluannya di lorong kiri.
Ada di kalangan penunggang tersebut yang tidak menunggang dalam satu barisan, tetapi masuk ke lorong kiri jalan raya.
Dalam kenyataannya Rapid KL berkata: “Situasi pada ketika itu memaksa pemandu bas memberhentikan basnya dan bersemuka dengan penunggang basikal tersebut.
“Berlaku sedikit perbalahan, namun keadaan kemudian kembali terkawal dengan bantuan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang lalu di kawasan kejadian.”
Rapid KL has launched an internal investigation following a viral video showing an MRT feeder bus driving close to a group of cyclists, leading to a brief roadside confrontation.
The incident, which was captured by one of the cyclists and widely shared on social media, raised… pic.twitter.com/C0zuk6TVHi
— Malay Mail (@malaymail) July 8, 2025
Pemandu bas gagal kawal emosi dan diarahkan masuk sesi kaunseling
Rapid Bus akui kesal dengan insiden tersebut dan berharap kapten bas mereka lebih tenang berdepan dengan situasi seperti itu.
Rapid Bus juga memberikan sesi kaunseling kepada pemandu bas tersebut supaya kejadian sama tidak berulang.
Rapid Bus juga turut menasihati semua penunggang basikal agar berada satu barisan ketika menunggang basikal di kawasan jalan raya atau lebuh raya.