Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya disambung untuk tempoh 14 hari lagi sehingga 9 November ini.
Pengesahan pelanjutan PKPB itu sekaligus menjadikan tempoh PKPB yang dilalui warga Lembah Klang ketika ini yang bermula sejak 14 Oktober lalu bakal bersambung selama dua minggu lagi.
Kerajaan bersetuju lanjutkan #PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selama 14 hari lagi bermula 27 Okt hingga 9 Nov 2020 – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pic.twitter.com/kHfZ0Q2KFz
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) October 26, 2020
“Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
“Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober (esok) sehingga 9 November,” katanya dalam sidang media hari ini.
SOP untuk PKPB yang dilanjutkan ini menurutnya difahamkan masih menggunakan peraturan dan arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan sebelum ini.
Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai perkembangan semasa COVID-19 melalui pautan di bawah.
Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan
Saintis Dakwa Kumpulan Darah O Lebih Selamat, Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19
Dr Noor Hisham Buat Kemunculan Istimewa, Bantu BoboiBoy Tewaskan COVID-19