Kegusaran rakyat Malaysia mengenai sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung atau tidak bersempena dengan sambutan Hari Raya akhirnya terjawab selepas Perdana Menteri mengumumkan PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 Jun ini.
Pelanjutan itu menyaksikan larangan perjalanan antara negeri masih berkuatkuasa untuk sepanjang sambutan hari raya sekaligus tiada kebenaran untuk orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing tahun ini.
TERKINI | PKPB dilanjutkan lagi 4 minggu – PM@MuhyiddinYassin pic.twitter.com/fFgOrmhG0M
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 10, 2020
“Justeru atas nasihat KKM dan MKN saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 mei akan disambung sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu.
“Minta maaf banyak, demi untuk menjaga kesihatan kita semua perjalanan balik kampung rentas negeri tidak dibenarkan.
“Saya tahu ramai sedih tak dapat balik kampung beraya bersama keluarga, bersabarlah,” maklum beliau dalam sidang media sebentar tadi.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung perutusan khas pada petang ini yang disiarkan di seluruh negara.
PERUTUSAN KHAS | "Bila keadaan pulih sedikit masa lagi, saudara saudari boleh lah balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara" – PM pic.twitter.com/T4oi0b0X99
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 10, 2020
Ziarah dalam negeri sama dibenarkan
Bagaimanapun, ziarah bagi sambutan hari raya dalam kalangan jiran dan komuniti terdekat masih dibenarkan dengan syarat SOP keselamatan perlu diterapkan untuk setiap tetamu yang hadir seperti menjaga jarak.
Antara syarat yang perlu dipatuhi menurutnya ia hanya boleh dilakukan terhadap jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka. Setiap keluarga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan cecair pembasmi kuman sepanjang sambutan perayaan ini.
“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,” katanya
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan dalam negara sejak 18 Mac atau lebih kurang dua bulan yang lalu.
Ia susulan berlakunya peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan langkah mengawal pergerakan dalam kalangan rakyat itu kemudiannya dilaksanakan dengan objektif untuk meratakan lengkung jangkitan dalam negara.
Kini selepas hampir dua bulan, PKP mula dilihat mencapai objektif utamanya apabila kes baru yang direkodkan setiap hari berada paras dua digit berbanding tiga digit sebelum ia diperkenalkan sebelum ini.
Malah, perdana menteri dalam sidang media sebentar tadi juga memaklumkan Malaysia berada di tangga keempat daripada 105 negara bagi kepuasan hati rakyat terhadap langkah kerajaan tangani COVID-19.
Dapatan itu menurut beliau adalah merupakan hasil kajian yang dijalankan negara jiran Singapura.
Disebabkan PKPB telah dilanjutkan, ini beberapa resipi yang anda boleh cuba buat dan mungkin jamu pada tetamu pada hari raya nanti. Klik pada pautan di bawah.
Tidak Perlu Ke Bazar Ramadan, Ini 5 Resipi Menarik Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Di Rumah
Resipi Creme Brulee Lemak Berkrim Yang Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Raih 1.2K ‘Shares’
Lebih 23K ‘Shares’, Resipi Almond Cluster Yang Sedap Dan Mudah Gunakan 2 Bahan Sahaja