Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkata terdapat kemungkinan untuk menetapkan syarat di mana platform media sosial perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu untuk beroperasi di negara ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata, ketika ini media sosial beroperasi di negara ini tanpa sebarang lesen berdaftar, petik laporan Buletin TV3.
Baca Juga:
- ‘Buang Harga Sehingga Mengancam Pasaran Offline’ – Indonesia Bakal Haramkan Penjualan Barangan Di Media Sosial
- Serius Menakutkan: Ini Kesan Buruk AI Kepada Mereka Yang Selalu Berkongsi Gambar Anak Di Media Sosial
- ‘Terpengaruh’ Tawaran Kerja Menerusi Media Sosial Jadi Punca Rakyat Terkandas Di Luar Negara
“Ini boleh dilakukan tatkala kita memastikan platform media sosial ini berdaftar di negara kita.
“Pada waktu ini tidak ada. Jadi kita perlu pastikan mereka berdaftar supaya mereka faham untuk mereka beroperasi dan berniaga dalam Malaysia, mereka wajib patuh kepada undang-undang kita dan ikut arahan,” terang beliau.
Fahmi berkata sedemikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, semalam.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Meta yang mengendalikan Facebook, Instagram dan WhatsApp menurunkan 7,844 kandungan berkaitan perjudian sejak 1 Januari hingga 30 September lalu.