Ketika ini, drama TV3 berjudul Lelaki Itu telah menjadi bualan ramai dan boleh dikatakan sentiasa trending setiap kali ia ditayangkan.
Drama ini makin menjadi bualan hangat apabila Khairullah (Aedy Ashraf) dan Sharifah Batrisya (Hannah Delisha) telah berkahwin tetapi sebenarnya mereka adalah adik beradik lain ibu tapi sama bapa.
Baca Juga:
- ‘Saya Sedang Bekerja, Jangan Ganggu’ – Skrip Jururawat Dalam Drama Bersiri TikTok Ini Cetus Persoalan Netizen
- Netizen Terkejut Drama Ini Papar Taktik Lelaki Curang Pakai Microsoft Excel
- ‘Maksiat Tetap Maksiat, Ini Bukan Gimik Promosi Drama’ – JAWI
adaptasi dari cerita real life, time ni diorang dah tau adik beradik pic.twitter.com/a4T0TSIpG8
— 🇲🇾 (@localrkyt) April 18, 2024
Lebih mengejutkan apabila Sharifah Batrisya telah disahkan mengandung. Drama ini tampil dengan plot yang berbeza dan tidak cliche membuatkan ramai orang ‘digam’ dengan drama ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah kepada Mirza iaitu bapa mereka berdua kerana merahsiakan perkahwinan sehingga menimbulkan permasalahan tersebut.
Kisah cerita ni banyak jadi irl. Suami mati tetiba ada datang mengaku isteri lain ni dalam family besar aku pun pernah jadi. Janganlah kahwin sorok sorok. Kes kahwin dengan adik beradik sendiri ni pun ada jadi dekat Malaysia sampai ada anak 2-3 orang baru tahu adik beradik. https://t.co/TkyYLXl3bb
— Noi 🌻 (@sarramonez) April 18, 2024
Benda ni jadi sebab pejabat agama kita cuma concerned dengan nasab si perempuan je. Kalau la time nak nikah pej agama scrutinised nasab si lelaki strictly, mintak sijil nikah apa bagai takkan jadi benda ni. https://t.co/urIF43mH7R
— mikey 🀄 (@Najwa_Huda) April 18, 2024
korang MARAH? ini yg berlaku REAL LIFE , sbb tu diorg buat citer ni, utk bgtaw kat kita, jgn pandang remeh bila nak kahwin lebih apatah lg syp2 cmni .. dah ganggu salah silah keluarga bila jd cmni.. https://t.co/whX3TTO1Ic
— 💕Hana | MxWh💕 (@qutehana) April 18, 2024
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tampil dengan pelbagai alternatif plot dan versi jalan cerita sendiri kerana mahu memberikan ‘happy ending’ kepada Khai dan Sya.
Malah, ada juga netizen yang tertanta-tanya akan hukum tentang perkahwinan terbabit dan apakah status anak terbabit kerana sepatutnya perkahwinan mereka dibubarkan. Apa pun, sama-sama kita saksikan bagaimana pengakhiran drama itu.