Tepat pukul 10 malam, 15 Januari pada Sabtu ini, PLUS telah membuat persiapan terbaik untuk memastikan pengguna lebuh raya utara-selatan dapat menggunakan lorong RFID tanpa sebarang masalah dan mempercepatkan transaksi pembayaran tol.

PLUS juga membuat ‘kejutan’ apabila kini mereka sedang menguji kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit di plaza tol terpilih, kenyataan tersebut dikongsikan melalui laman web rasmi mereka.

Sumber Gambar: Laman Web PLUS

Sememangnya berita ini sangat ‘melegakan hati’ pengguna lebuh raya yang sudah lama tertunggu-tunggu penggunaan alternatif kaedah pembayaran tersebut. Orang ramai juga tidak perlu lagi ‘panik’ untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka yang kekurangan baki.

Kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini akan diperluaskan dari masa ke masa setelah ujian rintis ini tamat. Sekaligus dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan ‘lebuh raya bebas kesesakkan’ di negara ini.

Untuk makluman semua, PLUS pernah mencuba untuk mewujudkan kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini, namun ditentang keras oleh CIMB sehingga menjadi kes mahkamah pada 2018 lalu. Bagaimanapun, kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah pada tahun seterusnya.

Dalam artikel lain, EFKON Asia menegaskan penggunaan SmartTAG jauh lebih efektif dan efisen berbanding menggunakan RFID. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

EFKON Asia Dakwa Sistem SmartTAG Lebih Bagus, 10,000 Kali Lebih Pantas Berbanding RFID

Proses Tambah Nilai Kad Jauh Lebih Mudah, Netizen Mahu Touch ‘n Go Tiru Seperti Indonesia

Sumber