PMX, Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi berjaya tersenarai antara pemimpin dan ahli politik muslim paling berpengaruh di dunia pada edisi kali ini.
DS Anwar Ibrahim kini berjaya menduduki tangga ke-11 dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2024. Sementara pemimpin negara jiran iaitu Jokowi pula menduduki tempat ke-9 sekaligus tersenarai di dalam carta 10 teratas.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Selain itu, DS Anwar Ibrahim berjaya tersenarai di kedudukan ke-17 sebagai Muslim Paling Berpengaruh Dalam Dunia.
Untuk rekod, beliau pada edisi lalu hanya berjaya menduduki tangga ke-22. Tetapi dalam masa setahun sahaja, kini berjaya tertinggi menaiki tangga ke-11. Edisi lepas juga nama pemimpin Mahathir Mohammad masih tersenarai namun tidak lagi pada tahun ini.
Berdasarkan laporan sebelum ini, PMX sangat giat dalam aktiviti berkaitan Islam di samping menyuarakan secara lantang solidarati terhadap negara-negara Islam yang ditindas. Malah, sejumlah bantuan turut disalurkan dalam membantu umat yang sedang kesusahan di serata dunia.
Malah, pencapaian lain beliau adalah sudah mengedarkan sejuta salinan naskah Al-Quran ke seluruh dunia.