Semalam, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, telah mengesahkan bahawa beliau sudah letak jawatan dan telah menyerahkan suratnya kepada Perdana Menteri.

Baru sebentar tadi, PMX berkongsi saru kenyataan media berhubung perletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

“ Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.

“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.

“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” tulisan bertarikh 26 November 2025.