Berita baik buat seluruh Rakyat Malaysia yang melabur di dalam Permodalan Nasional Berhad. Melalui pengumuman laporan kewangan yang diumumkan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku pengerusi PNB, sebanyak RM14.6 bilion bakal diagihkan buat para pelabur melalui jumlah dividen dan bonus.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat pada pagi tadi, PNB berjaya mencatat peningkatan keuntungan sebanyak 16.4% berbanding tahun 2016. Keuntungan yang diterima ini sejajar dengan hasrat PNB untuk memberikan yang terbaik buat para pelabur.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →
Wahid-Omar
Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Buat anda yang melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), jumlah dividen yang diumumkan adalah 6.75sen per unit manakala ASM diumumkan dengan dividen 6.25 per unit.

Tahniah kami ucapkan buat seluruh warga PNB yang komited dalam menawarkan platform pelaburan buat Rakyat Malaysia. Semoga Malaysia serta PNB dapat terus konsisten dalam memberikan dividen yang memberangsangkan buat para pengguna.

Berdasarkan rekod terbaru, sebanyak RM14.6 bilion dividen telah diagihkan buat mereka yang melabur dibawah PNB pada tahun 2017 sekaligus meningkatkan jumlah dana dividen agihan kepada RM172.1 bilion secara keselurahan sejak PNB mula ditubuhkan.

Baca lagi: Hampir Kesemua Dana PNB Bernilai RM297 Bilion Dilaburkan Di Dalam Negara