Paul Pogba kecam Juventus yang dianggap melayannya dengan kejam. Menurut Paul Pogba, kelab itu  langsung tidak memberikannya sebarang sokongan.

Pogba  akui terkilan dengan Juventus, kerana pemain itu rela menolak tawaran kontrak lebih besar di Man United untuk menyertai kembali kelab itu secara percuma.

Paul Pogba, bekas bintang Juventus dan Manchester United, akhirnya bercakap secara terbuka selepas melengkapkan tempoh penggantungan dopingnya dan membuat persiapan untuk memulakan karier baharu bersama AS Monaco di Ligue 1.

Pada Februari 2024, Pogba digantung selama empat tahun selepas ujian menunjukkan kandungan testosteron bukan semulajadi.

Juventus segera mencari kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Pogba

Pada Oktober 2024, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengurangkan penggantungan itu kepada 18 bulan, membolehkannya kembali menyertai latihan pada Januari 2025 dan layak beraksi sekitar Mac 2025.

Pogba kecewa Juventus melayannya dengan teruk sekalli

Dalam temu bual eksklusif kepada program televisyen Perancis Sept à Huit di saluran TF1, Pogba meluahkan kekecewaan terhadap Juventus yang gagal memberikan sokongan sewajarnya semasa tempoh larangan bermain.

“Anggap sahaja mereka (Juventus) tidak menyokong saya… saya memohon untuk mendapatkan urutan di kelab dan berlatih kecergasan di situ, namun mereka tidak mahu tolong saya.

“Saya sangka saya sedang berperang dengan pihak anti-doping, bukannya dengan Juventus,” kata Pogba.

Pernah Tolak Man United Demi Juventus, Pogba Terkilan Kelab Itu Melayannya Dengan Teruk

Walaupun masih berstatus pemain Juventus, dia tidak dibenarkan menggunakan kemudahan seperti rawatan urut dan persediaan fizikal – yang Pogba rasa adalah menjadi haknya untuk menggunakan kemudahan tersebut.

“Anak saya bersekolah di kawasan berdekatan dengan kompleks latihan Juventus. Berjalan melalui kawasan tersebut adalah sangat sukar,” tegas pemain tengah itu.

Juventus sebelum ini pernah mengecam Paul Pogba yang menurut mereka tidak  mahu melakukan pemulihan di Itali. Di mana pemain itu pergi ke luar Itali.

Dia juga dikatakan enggan mendengar nasihat Juventus untuk melakukan pembedahan serta merta selepas dia mengalami kecederaan. Pogba tidak mahu pembedahan itu membuatkan dia terlepas tempat dalam skuad Piala Dunia 2022 Perancis.

Kemudian Pogba tetap disisihkan oleh Perancis selepas  itu.

Pogba terasa hati

Ketiadaan sokongan ini menyebabkan dia memutuskan untuk berpindah ke Monaco bersama keluarga. Di mana pengalaman di Juventus turut menimbulkan impak emosi buat anak-anaknya .

Sebelum tamat tempoh penggantungan pada Mac 2025, Pogba telah menamatkan kontraknya dengan Juventus secara bersama pada November 2024.

Pogba menyatakan dia sekarang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. “Saya hanya menunggu masa [untuk beraksi] sahaja,” tambah bekas pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu.