Pada hari semalam tular satu klip video menunjukkan seorang pemandu Proton Wira melanggar penunggang motosikal sebanyak dua kali.

Sehubungan dengan itu, polis telah membuka kertas siasatan berhubung video tular itu yang berlaku berhampiran stesen minyak di Jalan Pokok Sena, di sini, semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia susulan mangsa tampil membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpanya bagi meminta polis menjalankan siasatan, petik Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi lampu ‘signal’ (isyarat).

“Teguran mangsa menyebabkan suspek tidak berpuas hati sehingga dia yang memandu kereta dan bertindak melanggar motosikal mangsa.

“Kejadian ini jelas menunjukkan satu kejadian jenayah yang akan disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Asri berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian boleh berhubung Balai Polis terdekat atau menghubungi terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Lee Howe Chong di talian 016 598 9576.

Terdahulu mangsa difahamkan menjerit ke arah suspek yang ketika itu memberhentikan keretanya di tepi jalan di sebuah gerai kuih berhampiran lokasi kejadian. Kemudian menyoal suspek yang memotong tanpa memberi lampu ‘signal’.

Oleh sebab rasa tidak berpuas hati, suspek dirakam melanggar  motosikal ditunggangi mangsa sebanyak dua kali, sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian.

Sumber