Polis Selangor hari ini membuka kertas siasatan berhubung penyebaran beberapa gambar yang didakwa keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.
Dua gambar berkenaan yang dipercayai ketika proses bedah siasat dimuat naik di aplikasi Telegram sejak malam tadi.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Penyebaran gambar itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang meluahkan kemarahan melihat kekejaman dilakukan oleh pembunuh tanpa belas kasihan.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi adakah ia gambar sebenar mangsa kanak-kanak dalam kes tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sedang mengesan dalang yang terbabit dalam penyebaran gambar didakwa bahan bukti kes itu.
Menurut laporan Berita Harian, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
“Satu laporan polis dibuat Pegawai Penyiasat kes susulan penularan antara gambar bahan bukti kes berkenaan. Kita akan mengesan individu yang disyaki terbabit penyebaran itu,” katanya.
Polis Selangor hari ini membuka kertas siasatan berhubung penyebaran beberapa gambar yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.
berita penuh: https://t.co/R9ztRhO60m pic.twitter.com/RMoQMIY8kv
— Berita Harian (@bharianmy) June 30, 2024
Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Seksyen atas tuduhan mengabai dengan kemungkinan menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak autisme itu.
Namun begitu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.