Filipina tegas melaksanakan dasar mengawal berat badan anggota polis mereka agar berada dalam kondisi fizikal terbaik atau sesuai dengan BMI.
Ini juga merupakan salah satu dasar terbaru dalam reformasi perkhidmatan awam di negara tersebut. Sebenarnya sudah ada akta yang berkaitan perkara itu, tetapi selama ini kerajaan terlalu berlembut.
Oleh sebab itu, pegawai polis yang ada masalah berat badan atau kegemukan melebihi BMI, mereka akan dikenakan tindakan, termasuk dipecat jika gagal mengembalikan semula berat badan sihat mereka.
Ketua Polis Filipina, Nicolas Tore III mengingatkan bahawa, semua pegawai polis yang diterima bekerja sebelum ini berada dalam keadaan berat badan yang unggul atau sihat.
Jadi, tiada alasan untuk tidak menjaga fizikal mereka terutama sekali bersenam dan menjaga pemakanan. Kerana polis yang ada berat badan akan bermasalah dalam melaksanakan penguatkuasaan termasuk mengejar penjenayah.
“Jika kamu ada berat badan, kamu akan berdepan tindakan. Kami akan berikan kamu setahun untuk kembalikan semula berat badan kamu. Selepas itu, jika gagal, kamu akan sama ada ditukarkan ke bahagian pentadbiran atau dipecat kerana tidak mampu melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

“Baca balik Akta Perkhidmatan Awam 6975, atau peraturan Kementerian Dalam Negeri Dan Pentadbiran Tempatan yang jelas menyatakan bahawa pegawai polis mesti tidak lebih atau kurang daripada 5kg daripada berat badan unggul kamu, tidak kira jantina,” tegas Tore.
Polis Filipina juga mengingatkan semua anggotanya bahawa, berat badan anggota polis adalah cerminan disiplin mereka. Jika mereka gagal untuk menjaga disiplin dalam menjaga berat badan mereka, bagaimana pula dengan disiplin ketika bertugas?
Jurucakap Polis Filipina, Jean Fajardo menambah: “Ianya adalah kewajiban untuk setiap pegawai polis untuk mengekalkan kondisi fizikal yang selayaknya sesuai dengan tugasan seorang pegawai polis.
Jean menambah: “Sudah tentu adanya pengecualian jika mereka terlebih berat badan atas alasan perubatan [seperti pengambilan ubat].”
Seterusnya, Polis Filipina menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak akan mengadakan sebarang program khas untuk polis menurunkan berat badan mereka.
Kerana setiap pegawai polis itu memang bertanggungjawab menjaga berat badan mereka.
Ada beberapa balai polis sudah mengadakan program seperti zumba untuk pegawainya. Setiap balai polis atau polis secara individu boleh mengadakan program penjagaan fizikal mereka sendiri.
@mustsharenews The move is one of many pushed by General Nicolas D. Torre III, the new Chief of the Philippine National Police, to restore discipline and public trust in the force. #mustsharenews #sgfyp #philippines
Menurut laporan Philstar, setakat ini sudah 8 orang anggota polis dipecat daripada jawatan mereka kerana masalah berat badan. Dan Torre turut memberikan amaran kepada pegawai atasan juga tidak terkecuali.
“Jika kami ada pengganti untuk kamu, maka kami akan singkirkan pegawai sedia ada dengan pegawai baharu yang lebih layak,” tambah beliau.