Polis Indonesia (Polri) merancang untuk menggunakan robot bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan sebagai sebahagian daripada usaha pemodenan institusinya.

Menurut badan itu, pemodenan adalah perlu, kerana polis di beberapa negara, termasuk di Asia Tenggara, telah menunjukkan kesediaan mereka untuk menggunakan robot.

Baca Juga:

Polis Indonesia Menuju Moden

“Kehadiran pelbagai robot termasuk yang berbentuk anjing dan humanoid mencerminkan pemodenan Polri.

“Dubai (Emiriah Arab Bersatu) telah mengumumkan penggunaan robot untuk tugas polis. Selain itu, China telah mencuba robot polis peronda,” kata Inspektor Jeneral Sandi Nugroho.

Polis Indonesia
Sumber Gambar: Kompas

Beliau menegaskan bahawa Polri telah memasukkan penggunaan robot ke dalam Pelan Strategik 2025–2045, dengan bajet telah diperuntukkan untuk anjing robot pada 2026.

“Anjing robot mempunyai kegunaan yang sama seperti anjing K9, mengesan bahan dan barang berbahaya.

Polis Indonesia
Sumber Gambar: Sinpo.id

“Tetapi anjing robot lebih cekap kerana ia tidak memerlukan makanan atau pengendali terlatih dan boleh menahan cuaca yang melampau,” katanya.

Harga bagi satu unit humanoid ialah $16,000 USD atau sekitar 265 Juta Rupiah manakala bagi satu unit robot anjing K9 berharga $2,800 USD atau sekitar 46 Juta Rupiah.