Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri meminta mana mana pihak yang ada bukti rakaman dashcam berkaitan insiden pelajar dilanggar pegawai kanan polis agar tampil.
Kejadian Jumaat lalu itu mengorbankan seorang pelajar calon SPM, Zaharif Affendi Muhd Zamrie meninggal dunia di tempat kejadian setelah didakwa dilanggar dengan kereta Perodua Ativa.
Baca Juga:
- Raih Lebih 7 Saksi, Adik Zaharif Affendi Dipercayai Dilanggar Oleh Pegawai Kanan Polis
- Ketua Polis Negara Jamin Siasatan Telus Ke Atas Pegawai Kanan Polis Yang Langgar Pelajar Sehingga Maut
- Ayah Zaharif: “Anak Saya Bukan Rempit, Dia Cuma Buat Bising Sahaja”
Dalam tragedi yang berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan maut di tempat kejadian.
Mangsa dikatakan telah diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter dan mengalami kecederaan di abdomen.
Pegawai kanan polis yang melanggar pelajar itu kini masih ditahan reman. Tempoh tahanan reman itu akan tamat esok, dan beliau masih tidak pasti sama ada tempoh tahanan reman itu akan disambung lagi atau tidak.
Namun polis masih belum ada sebarang bukti rakaman dashcam atau kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan kes itu.
Dipetik daripada BERNAMA, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri: “Kita masih menunggu…yang ada dashcam, CCTV atau lain-lain, siapa yang ada itu (bahan bukti) kita akan terima. Setakat ini belum lagi.”
Beliau meminta orang awam agar memberikan kepercayaan kepada polis untuk menjalankan siasatan kes ini. Sambil meminta saksi saksi kejadian turut tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.
Mohd Yusri juga memberikan jaminan bahawa polis akan menyiasat kes ini dengan telus dan adil sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara baru baru ini.
Ayah kepada arawah Zaharif Affendi berharap anaknya akan mendapat pengadilan sewajarnya.