Penyerang bintang Perancis, Kylian Mbappe, kini berdepan siasatan oleh pihak pendakwa raya Paris dan Inspektor Jeneral Polis Nasional (IGPN) selepas didakwa memberi sumbangan besar bernilai €180,300 (sekitar RM2.8 juta) kepada lima anggota pasukan polis CRS.

Sumbangan itu dilaporkan dibuat pada Jun 2023. Menurut laporan L’Équipe, empat pegawai brigedier menerima €30,000 seorang manakala komander mereka menerima €60,300 melalui pemindahan terus daripada akaun Mbappé di Monaco.

Pihak Mbappe menerusi wakilnya menyebut bayaran itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota polis yang mengiringi dan menjaga keselamatan skuad kebangsaan Perancis semasa kempen Piala Dunia 2022.

psg masih tak bayar gaji mbappe

Dan tidak ada kaitan sama sekali dengan salah laku rasuah dalam bola sepak atau yang berkaitan dengan sogokan.

Siasatan Dibuat Kerana Disyaki Langgar Undang-undang Cukai

Namun begitu, pihak berkuasa kini menyiasat sumbangan itu di bawah dua potensi kesalahan serius terutama sekali polis yang menerima wang itu.

Pertamanya, kerja tanpa pengisytiharan rasmi (travail dissimulé) atau buat ‘job tepi’ tanpa kebenaran.

Yang kedua, pengubahan wang hasil penipuan cukai (blanchiment de fraude fiscale).

Penyiasat turut mempersoalkan sama ada anggota polis tersebut telah memberikan perkhidmatan pengiring secara peribadi kepada Mbappe di luar waktu tugas rasmi, tanpa pendaftaran atau dokumentasi undang-undang yang sepatutnya.

Peguam: “Sumbangan Ikhlas Mbappe, Bukan Bayaran”

Salah seorang peguam yang mewakili anggota polis terbabit mempertahankan tindakan tersebut dan menyatakan bahawa sumbangan Mbappé itu adalah ikhlas dan tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau perjanjian rahsia.

Ianya bukan upah daripada Mbappe atas perkhidmatan polis kepadanya. Sebaliknya sekadar sagu hati ikhlas daripada pemain itu secara peribadi kepada polis.

“Kami yakin tiada pelanggaran undang-undang berlaku. Ia sekadar penghargaan daripada Mbappe terhadap dedikasi pasukan keselamatan tersebut,” ujar peguam berkenaan.

Peguam agak kecewa kerana seolah olah kerajaan cuba untuk memeras rakyat biasa yang mendapat durian runtuh daripada pihak yang menghargai mereka.

Belum Ada Dakwaan Rasmi

Buat masa ini, sehingga ke hari ini, siasatan masih di peringkat awal dan tiada pertuduhan rasmi dikenakan terhadap Mbappe atau mana-mana individu terbabit.

Mbappe belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini, namun isu ini dijangka akan mencuri perhatian ramai memandangkan statusnya sebagai ikon bola sepak global.