Polis Paris menembak mati seorang wanita yang membuat kenyataan ugutan dan menjerit “Allah Akbar” di dalam sebuah kereta api awam pada hari Selasa yang lalu. Insiden ini berlaku ketika Perancis sedang bergelut dengan meningkatnya ketegangan awam selepas perang di antara Israel dan Palestin meletus.

Difahamkan bahawa dua penumpang telah membuat laporan kira-kira jam 07:30 mengenai seorang wanita yang memakai pakaian ‘bertudung penuh’. Wanita terbabit difahamkan telah membuat kenyataan berbentuk ancaman di dalam keretapi di Val-de-Marne, kata polis Paris Laurent Nuñez pada sidang akhbar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pihak polis diberitahu oleh saksi bahawa wanita itu kelihatan menjerit-jerit perkataan ancaman iaitu, “Kamu semua akan mati”. Dia kemudiannya di tahan oleh pihak berkuasa di stesen Bibliothèque François Mitterrand.

Semasa mahu ditahan, pegawai polis telah “memintanya untuk duduk di atas lantai”, tetapi wanita itu bangun dan “pergi ke arah pegawai polis”. Pihak polis memintanya untuk tidak bergerak dan menunjukkan tangannya bagi memastikan bahawa dia tidak mempunyai sebarang senjata, tetapi dia “enggan mematuhi” arahan mereka.

Dua pegawai polis kemudian melepaskan lapan das tembakan, kata pendakwa raya. Wanita itu cedera parah di perut dan dimasukkan ke hospital. Polis berkata kecederaannya itu telah meragut nyawanya sendiri.

Hasil pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai bahan letupan mahupun senjata pada badannya. Stesen itu masih ditutup awal pada petang Selasa, dan Menteri Pengangkutan Clément Beaune sempat turut melawat ke tempat kejadian.

Sumber