Pihak polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang telah tular berpaut di belakang treler ketika di lebuh raya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, kejadian tersebut berlaku di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua, laluan menghala ke Senai pada kira-kira pukul 10 pagi Khamis – menurut laporan BH Online.
Baca Juga:
- Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan Demi Raih ‘View’ Tinggi Di TikTok
- Pekerja E-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Berjaya Ditahan
- Polis Thailand Tahan Ahli Perniagaan Johor, Didakwa Terlibat Kes Bunuh
Tindakan membahayakan nyawa itu telah dirakam oleh penumpang di lebuh raya tersebut.
Netizen terkejut dengan rakaman itu. Dan ada yang geram dengan tindakan bahaya itu.
“Kalau nak tumpang, cakap je la” tegas seorang warganet.
Mereka benar benar mahu tahu apa motif lelaki itu berbuat begitu. Sama ada ianya satu lagak ngeri untuk meraih populariti di media sosial?
Kemudian ada juga yang bertanya sama ada itu adalah aksi lagak ngeri untuk filem aksi?
Video itu menarik perhatian Polis IPD Pulai yang memburu lelaki yang berpaut pada treler itu.
Menurut pihak polis, pemandu treler tersebut tidak menyedari tentang adanya lelaki lain berpaut di belakang trelernya.
Polis kesan lelaki berpaut belakang treler di lebuh raya#BHNasional Siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu lori tidak menyedari terdapat seorang lelaki berpaut di belakang lori yang dipandunyahttps://t.co/0MuQoSStDg
— Berita Harian (@bharianmy) February 17, 2024
Polis mengesahkan bahawa pemandu treler tersebut sudah tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Polis turut meminta mana mana saksi yang tahu tentang maklumat lelaki tersebut untuk tampil di IPD Kulai. Atau hubungi sahaja pegawai penyiasat di talian 016-7573507.
Polis kesan lelaki berpaut pada lori atas lebuh raya
KULAI: Polis giat mengesan seorang lelaki yang membuat tindakan berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler yang sedang bergerak di atas lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata… pic.twitter.com/s0MFUaWX4I
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 17, 2024