Akaun Instagram atau IG milik Imran Suresh disahkan akaun palsu ataupun fake account oleh PDRM.

Beberapa jam sebelum ini, PDRM mengesahkan bahawa mereka dalam proses mengesan dan mengenalpasti pemilik akaun Instagram bernama Imran Suresh.

Baca Juga:

Ini selepas individu tersebut mendakwa dia ada maklumat penting tentang kes simbah asid melibatkan Faisal Halim.

Polis Kesan Pemilik IG Imran Suresh

Bukan itu sahaja, Imran Suresh malah mendakwa dia tahu siapa dalang di sebalik semua yang berlaku.

Selepas siasatan dibuat oleh polis dengan kerjasama MCMC, PDRM mengesahkan bahawa akaun IG milik Imran Suresh adalah akaun palsu atau fake account.

Akaun tersebut tidak mewakili nama yang digunakannya. Ada individu lain berselindung di sebaliknya.

Dipetik daripada BH Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, berkata: “Selepas kita siasat, kita dapati akaun Instagram (Muhammad Imran Suresh) berkenaan adalah palsu.

“Kita juga sedang memantau semua akaun di media sosial dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan.”

Seterusnya Shuhaily menganggap tindakan Imran Suresh itu sebagai mengganggu siasatan polis dengan mewujudkan spekulasi.

Ditanya tentang akaun akaun media sosial yang menyebarkan kebencian terhadap pemain bola sepak, setakat ini PDRM masih belum menerima sebarang laporan tentangnya.

“Kita ada kenal pasti beberapa akaun media sosial, dan kita dapati akaun-akaun ini sekejap ada sekejap tiada. Jika kita dapat ia terus buat spekulasi tidak bertanggung jawab, kita akan panggil (untuk siasatan),” tegas Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain lagi sambil berjanji bahawa PDRM akan melakukan siasatan sekiranya ada laporan dibuat.