Peminat bola sepak tempatan hari ini dikejutkan dengan penularan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) simbahan asid pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim sekitar pusat beli belah di Damansara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan video rakaman itu adalah benar dan merupakan bahan bukti insiden tersebut.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Menurutnya, pihaknya kini sedang menyiasat pihak yang menyebar rakaman video itu kerana ianya adalah sulit dan sepatutnya berada dalam simpanan polis.
“Polis akan siasat pihak yang menyebarkan video tersebut.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan video tersebut bagi menjaga bahan siasatan serta sensitiviti mangsa dan keluarga,” katanya dipetik dalam laporan UtusanTV.
Menerusi video tersebut, memperlihatkan seorang lelaki bertopi sedang menunggu Faisal yang menuju ke arah keretanya sebelum bertindak menyimbah asid itu.
Sejurus selepas terkena asid tersebut, Faisal terus berlari menyelamatkan diri manakala seorang wanita dipercayai isterinya mengejar pelaku tersebut yang menaiki motosikal bersama rakan subahat.
CCTV Faisal Halim disimbah asid pic.twitter.com/QiuFwXSvJx
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) May 23, 2024
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengedarkan lakaran wajah suspek yang terlibat dengan kes simbah asid itu.
Menurut satu kenyataan rasmi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter.
Beliau memaklumkan suspek juga mempunyai susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M.Jagachandran di talian 012-6848166 / 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.