Polis Muar membuka siasatan ke atas penganjur perarakan Naga kerana mengibarkan bendera China bersama sama dengan Jalur Gemilang.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz menyatakan bahawa, perarakan naga itu dibuat oleh Persatuan Ting Hua Muar sempena ulangtahun ke-20 persatuan mereka.

Dan persatuan tersebut telah mendakwa bahawa mereka telah membuat perarakan naga terpanjang di Malaysia.

Video tersebut telah tular dan membuatkan ramai pihak yang tidak senang dengan perarakan tersebut kerana mengibarkan bendera negara lain.

Raiz berkata: “Berdasarkan pemerhatian polis semasa perarakan tersebut, kami mendapati bahawa perarakan naga itu dihiasai dengan Jalur Gemilang di sebelah kanan dan bendera China di sebelah kiri.”

Penganjur sudah diminta untuk dirakamkan keterangan untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan; Seksyen 6 (2) Akta Perhimpunan Aman 2021 dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Oleh kerana kes ini masih dalam siasatan, polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara itu demi menjaga ketenteraman awam.

Kes kibaran bendera China sebelum ini pernah menjadi isu yang panas beberapa bulan lalu. Di mana penganjur acara di Teluk Intan telah mengibarkan bendera China pada cara International Guan Gong Cultural Festival.

Guang Gong meminta maaf di atas kekhilafan mereka dan menjelaskan bendera China dikibarkan oleh delegasi dari luar negara yang menyertai acara itu.