Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan mana-mana lelaki Islam di negeri itu yang didapati meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan munasabah boleh didenda maksimum RM3,000.
Pada masa sama individu itu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- ‘Bukan Nak Menyusahkan Rakyat’ – Terengganu Haramkan Vape Sepenuhnya Bermula 1 Ogos

- Gaji Hanya RM2,000 Untuk Ketua IT? Iklan Jawatan Di Terengganu Ini Bikin Netizen Bengang

- Drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ Asbab Atlet Terengganu Ini Peluk Islam

Menurut beliau, hukuman itu selaras pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016 yang mula berkuat kuasa selepas digubal beberapa tahun lalu.
Dr Muhammad Khalil menyatakan sebelum pindaan dibuat, hanya mereka yang tidak hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa agama.
Namun, selepas pindaan ini, jika tidak hadir sekali pun individu terbabit sudah boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan ditetapkan.
“Peringatan ini penting kerana solat Jumaat bukan sekadar syiar, tetapi juga lambang ketaatan umat Islam.
“Justeru, hukuman hanya akan dikenakan sebagai jalan terakhir sekiranya peringatan tidak diendahkan individu yang culas menunaikan kewajipan itu,” katanya.