Jika sebelum ini sejumlah besar bongkah LEGO berjaya menghasilkan sebuah Honda Civic Type R, kini anda berpeluang menghasilkan sendiri sebuah lagi kereta yang sangat ikonik iaitu Porsche 911 Turbo 3.0 keluaran 1974.

Tersedia dalam sebuah pek, Porsche 911 ini hadir dengan 180 bongkah LEGO dimana model ini dikhusukan buat peminat LEGO melalui siri Speed Champions. Warna putih dengan padanan logo serta spoiler yang sangat ikonik bagi Porsche antara membuatkan model ini tampil realistik. Selain itu, pek ini turut hadir bersama model LEGO menyerupai pemandu kereta ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Porsche 911 Turbo 3.0 keluaran 1974 ini mula ditawarkan dengan harga $14.99 (RM62.14). Pastinya model ini bakal menjadi rebutan peminat LEGO dan Porsche berikutan harganya yang mampu milik.

https___hypebeast.com_image_2019_06_lego-1974-porsche-911-turbo-3-0-release-005

https___hypebeast.com_image_2019_06_lego-1974-porsche-911-turbo-3-0-release-004

https___hypebeast.com_image_2019_06_lego-1974-porsche-911-turbo-3-0-release-003

https___hypebeast.com_image_2019_06_lego-1974-porsche-911-turbo-3-0-release-002