Sebuah kereta parkir di Gurney Paragon telah merakam insiden kemalangan yang nyaris mencederakan pekerja valet di situ.
Menerusi video dimuat naik Facebook Penang Idiot Parking & Reckless Driver, ketika dua orang joki valet sedang bertugas tiba-tiba sebuah Porsche meluru laju merempuh Toyota Vellfire.
Rempuhan itu menyebabkan Vellfire tersebut berpusing, nyaris mengenai seorang joki valet yang sedang menguruskan sebuah Lamborghini Urus yang berada di belakang MPV tersebut pada ketika itu.
Kelihatan tiga wanita turut terkejut melihat insiden yang berlaku di hadapan mata mereka.
Menurut Facebook tersebut, kereta Porsche itu bukanlah dari Pulau Pinang. Sebaliknya ia didakwa datang dari ‘negara jiran’.
Warganet menyatakan joki yang berhampiran Vellfire itu sangat bernasib baik kerana berada di belakang kereta. Jika di hadapan, pasti turut dirempuh sama.
Pada masa sama pemandu Porsche itu pasti pening kepala sekiranya dia merempuh sekali SUV Lamborghini yang berada berhampiran.