Media Prima secara rasmi diumumkan sebagai rakan media rasmi bagi kejohanan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 yang bakal berlangsung di The Hood, Kuala Lumpur dari 9 hingga 13 September.

Acara bertaraf antarabangsa selama lima hari ini membawa Jelajah Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) ke ibu negara, sekali gus memberi peluang kepada para peminat untuk menyaksikan persaingan sengit daripada pemain-pemain pickleball terbaik dunia.

Selain aksi perlawanan di gelanggang, zon Pickletown turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang lima hari kejohanan, merangkumi jualan makanan dan minuman, permainan interaktif, cabutan bertuah, serta jualan barangan eksklusif.

Pilihan Tiket dan Pas Masuk
1. DINKER GA Season Pass (Pas 5 Hari)

Menyediakan akses penuh ke pusingan kelayakan, perlawanan utama, hingga ke peringkat akhir pada Championship Sunday.

Pas ini merangkumi akses ke tempat duduk umum dan seluruh kawasan Pickletown dengan kemudahan keluar masuk venue mengikut kelapangan jadual anda.

Dapatkan tiket di sini

2. BANGER & DINKER GA (Tiket Sehari)

a. Tiket Banger: Akses sehari ke GA Left Stand yang terletak tepat di belakang pemain untuk merasai debaran perlawanan dari jarak dekat.

b. Tiket Dinker: Akses sehari ke GA Right Stand yang menawarkan sudut pemandangan strategik bagi mengikuti setiap detik perlawanan.

Dapatkan tiket di sini

3. VIP Pass

Menyediakan tempat duduk khas dengan pemandangan optimum, akses ke VIP Lounge bersama hidangan makanan dan minuman, serta peluang menyertai sesi ramah mesra bersama pemain profesional sepanjang kejohanan.

Dapatkan tiket di sini

4. Premium Courtside Pass

Pengalaman tontonan premium di barisan hadapan Championship Court. Pas terhad ini merangkumi akses ke VIP Lounge, sesi ramah mesra pemain, laluan masuk khas, serta Official Tournament Merch Pack bernilai melebihi RM2,000.

Dapatkan tiket di sini

Barangan Eksklusif Kejohanan

PPA Asia Tour Datang KL, Peminat Pickleball Bakal Saksikan Aksi Bintang Dunia Di The Hood

Barangan rasmi edisi terhad seperti pakaian rasmi acara, mini paddle dan collectible toy boleh didapati di venue sepanjang kejohanan berlangsung, tertakluk kepada jumlah stok.

Peminat digalakkan membuat pra-tempahan baucar barangan eksklusif sebelum acara bermula untuk menikmati nilai tambahan semasa pembelian di kedai rasmi. Anda boleh membuat tempahan di sini.

Sementara itu, anda juga boleh menonton aksi menerusi platform TONTON.