Isu persediaan pengecas di rumah, kos insurans yang mahal serta pelbagai perbelanjaan sampingan sering membuatkan ramai pemandu di Malaysia teragak-agak untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV).

Namun, Leapmotor  mempunyai jawapan yang cukup padu menerusi SUV elektrik terbaharu mereka, Leapmotor B10. Jenama ini bukan sahaja mengekalkan tanda harga mesra poket, malah ‘membeli hati’ pengguna tempatan dengan tawaran bonus yang sukar untuk ditolak.

Harga Kekal Sama Walaupun Pelaburan Pemasangan Tempatan Besar

leapmotor

Apa yang paling mengejutkan ramai pemerhati automotif, walaupun Leapmotor telah menyuntik pelaburan yang besar bagi mengendalikan operasi pemasangan tempatan di Malaysia, mereka langsung tidak menaikkan harga jualan.

Model B10 ini kekal ditawarkan pada harga RM118,800  iaitu harga yang sama seperti versi import (CBU) sebelum ini.

Menariknya, semua manfaat penjimatan kos daripada pengeluaran tempatan ini tidak disimpan oleh pengeluar, sebaliknya dipulangkan terus kepada anda menerusi Pakej EZ5 bernilai sehingga RM11,188 secara percuma!

Membawa tema kempen ‘Making EV Ownership Easy’, langkah ini selari dengan pegangan tagline rasmi mereka: “EZ to Buy, EZ to Own, EZ to Love”.

Pakej EZ5: Ganjaran Bernilai RM11,188 Yang Menghapuskan Pening Kepala Kos Awal

Membuat keputusan untuk memiliki EV bukan sekadar melihat pada harga kereta itu sendiri. Pakej EZ5 ini direka khas untuk menyerap sebahagian besar kos ‘tersembunyi’ yang kerap ditakuti oleh bakal pemilik EV.

Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pemilik B10, ini senarai ganjaran yang bakal anda nikmati:

  • Sokongan Insurans (Bernilai RM4,000): Menjimatkan aliran tunai anda serta-merta untuk tahun pertama pemilikan.
  • Pengecas Dinding 22kW (Bernilai RM3,888): Tak perlu keluar modal asing untuk memasang perkakas pengecasan pantas di rumah. Balik kerja, terus plug-in seperti cas telefon pintar anda.
  • Filem Penolak Haba Premium Guard Elite (Bernilai RM1,600): Cermin gelap berkualiti tinggi terus siap dipasang, menjaga privasi dan mengurangkan haba terik matahari.
  • Kredit Pengecasan EV (Bernilai RM1,200): Percuma cas bateri di stesen pengecasan awam apabila anda melakukan perjalanan jauh.
  • Kunci Fob Eksklusif Leapmotor (Bernilai RM500): Aksesori rasmi yang elegan khusus buat pemilik B10.

Reka Bentuk Berprestij & Pernah Merangkul Anugerah Antarabangsa

interior b10

Bukan sekadar mengejar gelaran EV mampu milik, Leapmotor B10 dibina mengikut falsafah kejuruteraan in-house “Zero to Leap” yang mengimbangi fungsi pintar, keselamatan, serta kecantikan visual.

Penampilan reka bentuk SUV ini turut merangkul pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila berjaya memenangi anugerah Gold Winner di French Design Award 2025 serta Platinum Winner di MUSE Design Awards!

Antara elemen reka bentuk luaran yang membuatkan ia kelihatan futuristik apabila anda memandunya di jalan raya:

  • Sistem Pencahayaan: Lampu belakang Wing Star LED 
  • Gaya Aerodinamik: Rim aloi Star Sports, garisan badan Cloud Trail Waistline, serta pemegang pintu tersembunyi (hidden door handles) yang kemas.

Kabin ‘First-Class’ Mesra Keluarga & Bebas Bahan Kimia Berbahaya

carseat

Menjenguk ke ruang dalaman, B10 menawarkan keselesaan kabin premium yang direka khusus mengikut gaya hidup keluarga moden:

  • Bahan Tempat Duduk Mesra Bayi: Menggunakan bahan charcoal buluh serta pelekat berasaskan air rendah bau yang mendapat pengiktirafan OEKO-TEX dan VOC FREE. Ia sangat selamat untuk kesihatan anak-anak anda dan bebas daripada bau bahan kimia yang menyengat.
  • Bumbung Panoramik ‘Laminated’ 1.8m²: Dilengkapi pelindung matahari elektrik (electric sunshade) untuk penebat haba dan bunyi yang lebih efektif.
  • Sentuhan Digital Moden: Penyandar lengan ergonomik terapung (Floating Arm Rest) dengan fungsi pengecas tanpa wayar, serta 64 pilihan warna pencahayaan kabin (ambient light) yang boleh diselaraskan mengikut rentak muzik kegemaran anda.

Prestasi Pemanduan, Bateri Mesra Pengguna & Keselamatan Tinggi

teknologi b10

Buat anda yang sering tertanya-tanya tentang kemampuan sebenar bateri EV dalam kehidupan seharian, B10 menawarkan jawapan yang sangat praktikal:

  • Pemanduan Jauh (KL ke Pulau Pinang Dengan Sekali Cas): Mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 434km, ini bermakna anda boleh memandu dari Kuala Lumpur terus ke Pulau Pinang tanpa perlu risau untuk berhenti cas bateri di tengah jalan.
  • Pengecasan Pantas (Sempat Minum Kopi & Bateri Dah Penuh): Pengecasan pantas DC membolehkan bateri melonjak dari 30% ke 80% dalam masa kurang 20 minit sahaja. Anda cuma perlu singgah di R&R, nikmati secawan kopi atau makanan ringan, dan kereta anda sudah sedia untuk sambung perjalanan.
  • Pengendalian Mantap: Pacuan roda belakang (RWD) dengan talaan casis daripada jenama terkemuka continental menjanjikan pemanduan yang stabil dan selesa.
  • Sistem Keselamatan: Ciri keselamatan penarafan Euro NCAP, kamera 360-darjah untuk memudahkan parkir, serta 17 fungsi sistem bantuan pemandu (ADAS) pintar untuk melindungi anda dan keluarga.

Pertumbuhan Luar Biasa Global & Diterajui Cycle & Carriage

Sebagai bukti penerimaan pasaran, Leapmotor kini muncul sebagai antara jenama New Energy Vehicle (NEV) dengan kadar pertumbuhan paling pantas di dunia, di mana mereka pernah merekodkan penghantaran global melebihi 100,000 unit dalam masa satu bulan sahaja.

Bagi pasaran tempatan, operasi pengedaran Leapmotor diuruskan sepenuhnya oleh Cycle & Carriage.

Rangkaian Pengedar Luas Di Seluruh Malaysia

Bagi pasaran tempatan, anda tidak perlu bimbang mengenai sokongan jualan, pandu uji, dan servis selepas jualan. Rangkaian pengedaran Leapmotor kini berkembang luas di seluruh Malaysia menerusi pusat pameran berikut:

Lembah Klang:

  • Allure Desa ParkCity
  • Allure USJ
  • Atlantis Glenmarie
  • Cycle & Carriage Glenmarie Flagship
  • Cycle & Carriage Pavilion Bukit Jalil
  • Cycle & Carriage Plaza 33, Petaling Jaya
  • Cycle & Carriage Setia Alam

Utara Semenanjung Malaysia:

  • Cycle & Carriage George Town
  •  Allure Ipoh

Selatan Semenanjung Malaysia:

  • Cycle & Carriage Kempas, Johor Bahru
  • Cycle & CarriageParadigm Mall JB
  • Public Star Seremban
  • Sing Kwung Melaka

Sabah & Sarawak (Malaysia Timur):

  • Heng Lian Kuching
  • MG Miri

Kunjungi bilik pameran atau pusat pengedar berdekatan anda hari ini untuk merasai sendiri pengalaman pandu uji dan rebut Pakej EZ5 bernilai RM11,188 ini sebelum tempoh promosi berakhir!