Bekas pemain skuad kebangsaan Perancis, Frank Leboeuf nyata tidak berpuas hati dengan prestasi ditampilkan bintang pasukan, Kylian Mbappe dalam kempen Euro 2024.
Keadaan itu jelas dapat disaksikan apabila Mbappe hanya mampu menjaringkan satu gol dimana ia terhasil menerusi sepakan penalti pada aksi peringkat kumpulan menentang Austria.
Baca Juga:
- Mbappe Sedia ‘Berperang’ Dengan PSG Tuntut Pembayaran Gaji
- Euro 2024: Kylian Mbappe Disahkan Cedera Patah Hidung
- Kylian Mbappé Sah Sertai Real Madrid
Ketika bertemu Portugal di suku akhir, Mbappe dikeluarkan sebelum aksi berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.
Keadaan tersebut jelas membuatkan pemenang Piala Dunia 1998 itu berang dengan aksi Mbappe dan merasakan ada pemain lain lebih baik untuk menggantikannya.
“Jika anda cedera dan anda tidak boleh bermain pada tahap 100%, anda hanya boleh bermain pada 50%, maka anda tidak sepatutnya bermain.”
“Bagi saya, dia tidak berkhidmat dengan baik bersama pasukan Perancis dan anda tidak melayani dirinya dengan baik, kerana dia dikritik dan tidak boleh bermain pada tahap terbaik anda.”
“Saya tidak dapat melihat apa kegunaan meletakkan Mbappe dengan aksi hanya 50% ditampilkannya. Saya fikir Bradley Barcola akan melakukan yang lebih baik,” ujar Leboeuf menurut sumber laporan Goal.
Kylian Mbappe dan rakan sepasukannya bakal berdepan satu lagi tugas sukar apabila akan berhadapan dengan Sepanyol pada jam 3.00 pagi nanti.
Sekiranya berjaya melepasi cabaran hebat itu, England atau Belanda akan menanti mereka di perlawanan akhir dalam usaha untuk menjulang kejuaraan Euro buat kali ketiga selepas melakukannya pada edisi 1968 dan 2000.