Previu Akhir Piala Dunia 2026: Argentina vs Sepanyol – Pertembungan Falsafah Bola Sepak

Perlawanan akhir Piala Dunia 2026 menyaksikan dua gergasi bola sepak dunia, Argentina dan Sepanyol, bertembung dalam apa yang dijangka menjadi pertarungan taktikal yang memukau. Kedua-dua pasukan membawa falsafah permainan yang berbeza, menjanjikan aksi yang kaya dengan nuansa strategi.

Argentina: Keseimbangan Antara Magis Individu dan Struktur Kolektif

Di bawah bimbingan Lionel Scaloni, Argentina dijangka akan mengekalkan pendekatan pragmatik namun efisien pada hasil akhir.

Mereka akan beroperasi dengan formasi 4-3-3 atau 4-4-2 yang fleksibel, dengan penekanan pada kestabilan pertahanan dan keupayaan serangan balas pantas.

Kunci utama Argentina terletak pada Lionel Messi. Apabila Messi berada pada hari terbaiknya, maka segalanya akan menjadi ’emas’ apabila disentuhna.

Messi menjadi nadi kreatif, bertanggungjawab untuk ‘penetration’ dan ‘passes’ yang membelah pertahanan lawan.

Messi
Kredit Foto: JUAN MABROMATA / AFP

‘Build up’ Argentina akan bermula dari belakang, dengan bek tengah yang selesa mengendalikan bola dan mencari hantaran ke tengah atau sayap.

Aspek mobiliti pemain tengah dan penyerang akan menjadi kritikal untuk mencipta ‘width’ dan ‘creating space’ di sepertiga akhir padang.

Ketika bertahan, Argentina akan cuba membentuk blok pertahanan yang padat, dengan ‘pressing’ yang agresif di bahagian tengah untuk merampas bola dan melancarkan serangan balas segera.

Sepanyol: Dominasi Penguasaan Bola dan ‘Tiki-Taka’ Moden

Sepanyol, di bawah kendalian Luis de la Fuente sudah pasti akan setia kepada falsafah ‘possession football’ yang menjadi identiti mereka. Formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 akan menjadi pilihan utama.

Mereka memberijan penekanan pada ‘short passes’, ‘interchanges passes’, dan pergerakan tanpa bola yang berterusan.

La Roja akan cuba mendominasi permainan dengan mengawal bola di bahagian tengah, memaksa Argentina untuk mengejar dan keletihan.

Peranan pemain tengah seperti Rodri sangat penting. Dia akan menjadi pelindung kepada pertahanan, pada masa yang sama menjadi sokongan di kawasan serangan.

Impak daripada Lamine Yamal juga ditagih dalam perlawanan ini.

Rodri
Kredit Foto: Mattia Ozbot / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP

Mereka juga ada super sub yang sangat bahaya iaitu Mikel Merino.

Dari segi kualiti individu, Sepanyol kelihatan lebih baik daripada Argentina. Namun di atas padang adalah tentang perlaksanaan taktikal.

‘Tactical awareness’ setiap pemain Sepanyol akan diuji, kerana mereka perlu sentiasa bersedia untuk menukar posisi dan mencari ruang.

Pada masa sama, mereka akan waspada dengan ancaman Messi dan Julian Alvarez.

Ketika bertahan, Sepanyol akan mengamalkan ‘gegenpressing’ yang tinggi, cuba merampas bola semula sebaik sahaja kehilangannya.

‘Zonal marking’ dan ‘offside trap’ yang teratur akan menjadi benteng pertahanan mereka terhadap serangan balas Argentina.

Pertembungan Taktikal: Kunci Kemenangan

Perlawanan ini akan dimenangi di bahagian tengah. Siapa yang dapat mengawal ruang dan tempo di situ akan mempunyai kelebihan.

Argentina perlu berhati-hati dengan ‘pressing’ tinggi Sepanyol dan memastikan ‘build up’ mereka tidak terganggu.

Piala Dunia 2026
Kredit Foto: CHANDAN KHANNA / AFP

Keupayaan mereka untuk melancarkan serangan balas yang efektif akan bergantung pada kelajuan dan ketepatan hantaran dari pertahanan ke serangan.

Bagi Sepanyol, cabaran utama adalah untuk memecahkan blok pertahanan Argentina yang mungkin akan bermain lebih rendah.

Mereka perlu mencari ‘penetration’ melalui hantaran-hantaran tajam atau pergerakan individu yang kreatif. Kualiti penyudah akan menjadi penentu, kerana kedua-dua pasukan mungkin tidak akan mendapat banyak peluang keemasan.

Sebelum wisel: Pertarungan merebut gelaran juara dunia

Secara keseluruhan, ini adalah pertembungan antara ‘attacking football’ yang berorientasikan individu dengan ‘possession football’ yang berorientasikan kolektif.

Pasukan yang paling efisien dalam memanfaatkan kekuatan mereka dan mengeksploitasi kelemahan lawan akan mengangkat trofi Piala Dunia 2026. Ini bukan sekadar perlawanan bola sepak, tetapi sebuah ‘masterclass’ taktikal yang dinanti-nantikan.

Ini juga pertarungan antara murid dan ‘sifu’.

Tidak lupa, Argentina adalah juara bertahan. Dan mereka pasti ada kelebihan dari segi pengalaman di pentas final Piala Dunia.

Sepanyol juga ada pengalaman di final Euro untuk mereka jadikan fundamental ketika masuk ke padang.

Siapa akan juara?