Juara bertahan Thailand memulakan misi mempertahankan kejuaraan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 apabila berkunjung ke Vietnam untuk perhitungan dengan Timor-Leste bagi saingan Kumpulan A pada 8 Disember ini.
Thailand tampil dengan misi melebarkan rekod kejuaraan selepas merangkul tujuh kejuaraan pada tahun 1996, 2000, 2002, 2014,2016, 2020 dan 2022, dan bakal berdepan dengan Malaysia, Singapura dan Kemboja pada fasa kumpulan.
Baca Juga:
- Ini Sebab RTM Tidak Siarkan Saingan Piala AFF 2024
- Piala AFF 2024: Kemboja Senaraikan Enam Pemain Naturalisasi
- Senarai Pemain Malaysia Ke Saingan Piala AFF 2024
Bekas jurulatih Kashima Antlers, Masatada Ishii, akan merencana nasib Thailand ke kejohanan ini buat kali pertama sejak menggantikan jurulatih kelahiran Brazil Mano Polking yang membawa negara itu merangkul kejuaraan pada tahun 2022 hasil kemenangan ke atas Vietnam pada perlawanan akhir.
Ishii telah memilih barisan terbaik, yang diketuai oleh pemain tengah Consadole Sapporo, Supachok Sarachat dan adiknya, penyerang Buriram United FC, Suphanat Muenata, serta pemain pertahanan veteran, Pansa Hemviboon.

Tujuh daripada 26 pemain yang terpilih adalah daripada skuad juara dua tahun lalu, manakala 15 pemain lagi berbekalkan kurang daripada 10 penampilan, menggambarkan cerminan masa depan pasukan itu.
Pasukan Thailand memulakan misi memburu trofi kejuaraaan kali kelapan dengan menentang pasukan Timor-Leste yang berjaya menempah slot kelayakan ke kumpulan menerusi aksi playoff dengan kemenangan 1-0 ke atas Brunei sebelum ini. Ia sekaligus menyaksikan penampilan
keempat mereka dalam peringkat kumpulan.
Sementara itu, Malaysia akan memulakan cabaran di Phnom Penh menentang Kemboja, dengan jurulatih Pau Marti cuba membawa Harimau Malaya menjulang kejuaraan buat kali pertama sejak edisi 2010.
Singapura yang mendapat ‘bye’ pusingan pembukaan akan melayan Kemboja pada 11 Disember ini dengan harapan meraih kejuaraan pertama sejak 2012.
Tsutomo Ogura dari Jepun menggantikan rakan senegaranya Takayuki Nishigaya sebagai ketua jurulatih Lions awal tahun ini dan akan cuba membawa Singapura ke pusingan kalah mati selepas terlepas aksi ke separuh akhirpada 2022.
Perlawanan dalam Kumpulan A Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 berlangsung sehingga 21 Disember, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir, yang akan dimainkan dalam dua perlawanansecara timbal balik (home and away).
Pusingan pertama separuh akhir akan berlangsung pada 26 dan 27 Disember dengan pertembungan timbal balik pada 29 dan 30 Disember. Final juga akan dimainkan secara timbal balik pada 2 dan 5 Januari 2025.