Sehingga ke hari ini, Sambal Nyet keluaran Khairul Aming masih menjadi rebutan orang ramai. Bahkan, populariti Sambal Nyet ini mekar di pelbagai platform dan sering sold out pada setiap masa.
Terbaharu, Khairul Aming sedia melebarkan penawaran produk ke-2 pula selepas bertahun-tahun diminta oleh para peminatnya.
Baca Juga:
- Khairulaming Dedah Sudah Berjaya Jual 2.4 Juta Sambal Nyet, Raih Jualan Mencecah RM33.5 Juta
- Khairulaming Tampil Jawab Secara Matang Kenapa Perlu Guna Minyak Banyak Ketika Masak Sambal
Beliau baru sahaja mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand yang dikenali sebagai Dendeng Nyet Berapi menerusi akaun peribadi di platform X.
Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet mencecah Rm 20 juta, peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand.
80,000 unit akan dijual untuk launching pada hari Jumaat (2 Feb) ini. Kita telah ambil masa… pic.twitter.com/9qGhjbGLBP
— Khairulaming (@khairulaming) January 29, 2024
Difahamkan sebanyak 80,000 unit akan dijual untuk pelancaran pada hari Jumaat, 2 Februari ini. Beliau juga mendedahkan bahawa R&D produk kedua ini mengambil masa selama setahun dan telah memakan modal lebih daripada RM2 juta untuk persiapan mesin dan ubah suai kilang.
Sebab R&D mengambil masa setahun adalah kerana perlu menyediakan resipi baharu, mesin bersesuaian, rekaan packaging dan cara penyimpanan yang ideal untuk produk itu. Produk Dendeng Nyet ini juga boleh dimakan secara terus kerana direka khas untuk ready to eat.
Untuk makluman, pada tahun 2023 telah memperlihatkan jualan Sambal Nyet mencecah RM20 juta yang mana peningkatan lebih 40% dari tahun 2022.
Di akhir ciapan, beliau berharap agar orang ramai menyukainya dan maklumkan sebarang kekurangan untuk penambaikan. Beliau juga menantikan kehadiran para peminat pada hari pelancaran kelak.
A proper entrepreneur. Definitely one of the best example to follow. Diligent with all the money, commited 100% into the business and most importantly always reinvest back into it for growth. https://t.co/DvRfWElb5X
— Wan Zul | AIA Life Planner (@wanzulwanrazak) January 29, 2024
Info pasal RND tu kemas. Power2 👍🏼 https://t.co/hsUzgoKpKd
— SyafiqZaharin (@zaharin_syafiq) January 29, 2024
Hantaran tersebut ternyata menerima sejumlah komentar dari netizen yang mengucapkan tahniah ke atas pelancaran produk keduanya. Ada sebahagian turut berseloroh menyatakan bahawa mereka belum pernah lagi merasai Sambal Nyet, inikan pula produk kedua yang pasti menjadi buruan ramai.