TRAPO Malaysia (TRAPO) menjadi jenama aksesori kereta pertama yang boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet), selepas kedua-dua syarikat itu telah meterai perkongsian strategik mereka dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di Hab TRAPO Bangsar baru-baru ini.
Pemilik kereta akan dapat membeli pelbagai aksesori kereta berkualiti premium, termasuk tikar kereta mesra alam TRAPO, dengan mudah melalui aplikasi TNG eWallet.
Baca Juga:
- Mahu Pastikan Kereta Bebas Kuman, Jaringan Produk Trapo Sedia Membantu Pemandu
- 6 Tip Anda Perlu Tahu Untuk Elak Kemalangan Semasa Memandu Ketika Hujan Lebat
Untuk meraikan kerjasama itu itu, TRAPO menawarkan diskaun sebanyak 13% kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet untuk semua barangan mereka di seluruh kedai dari 3 hingga 30 April 2023 ini.
Menurut Ketua Pegawai Komersial TNG Digital Sdn Bhd, Danny Chua, Touch ‘n Go eWallet sentiasa mencari rakan kongsi seperti TRAPO Malaysia, untuk membawa nilai tambah kepada pengguna TNG dengan menyediakan akses kepada produk dan perkhidmatan berkualiti. Pengguna boleh membayar dengan lebih mudah melalui aplikasi eWallet.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Pengasas Bersama TRAPO Asia, Tzong Lee yakin kerjasama antara kedua-dua syarikat merupakan peluang yang hebat untuk menyokong produk lestari tempatan dengan menumpu mempromosi keselamatan dan keselesaan yang lebih baik di jalan raya menerusi aplikasi TNG.
Anda boleh muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet melalui Apple Store atau Google Play untuk mendapatkan pelbagai jenis aksesori kereta premium serta berkualiti seperti; pelapik kaki, pewangi, pemegang telefon, vakum, kabel pengecas telefon dan lain-lain lagi — dengan diskaun sebanyak 13% sehingga 31 April nanti.