Produktiviti pekerja di negara ini mencatat penguncupan iaitu 1.1% pada suku kedua, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Produktiviti Buruh Suku Kedua 2023.
Data di bawah Produktiviti Buruh – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini mengambil kira produktiviti buruh Malaysia yang diukur dari nilai ditambah per jam bekerja mencatatkan pertumbuhan negatif 1.1%.
Baca Juga:
- ‘Malaysia Negara Terbaik Untuk Belajar Tentang Agama Islam’- Content Creator Negara Luar
- 10 Hospital Di Malaysia Masuk Senarai Terbaik Di Asia Pasifik
- Hartanah Di Malaysia Jadi Tumpuan Pembeli China, Ekspatriat Barat
Situasi ini menurut pemerhatian DOSM mengambilkira kesan daripada pertumbuhan ekonomi negara yang sedikit perlahan pada suku kedua 2023 dengan pertumbuhan 2.9%.
Meskipun begitu pada suku kedua 2023, jumlah pekerja meningkat kepada 16.1 juta orang, mencerminkan peningkatan 2.8% berlaku pada penyertaan tenaga ekonomi di pasaran negara.
Merujuk kepada prestasi mengikut sektor pula didapati produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja, dua sektor mencatatkan peningkatan didahului oleh sektor Pembinaan pada 3.5% (ST1 2023: 6.5%), dan diikuti oleh sektor Perkhidmatan pada 0.1% (ST1 2023: 2.8 %).
Sementara itu, sektor mencatatkan penurunan, iaitu, Perlombongan & pengkuarian pada -6.7% (ST1 2023: 1.6%), Pembuatan pada -3.9% (ST1 2023: 0.2%), dan Pertanian pada -2.9% (ST1 2023 :-0.8%).
Walaupun dijangkakan pertumbuhan ekonomi yang sederhana tahun ini, produktiviti buruh dijangka mencatatkan prospek yang lebih baik menurut Ketua Perangkaan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.