Seorang pemandu bas RapidKL meraih pujian ramai selepas tular kisah mengenainya yang sangat profesional dalam menjalankan tugas.

Sikap profesional beliau itu diketahui ramai selepas X.com @farhanajafri berkongsi pengalamannya menaiki bas bersama pemandu tersebut.

Baca Juga:

“Pertama kali jumpa pemandu bas baik, siap minta maaf terlambat sampai sebab hujan walhal bukan salah dia pun.

Bagi hon sebelum sampai bus stop, tanya nak naik bas ke tak. Bukannya marah orang tak angkat tangan bila nak naik bas @myrapidkl,” petik perkongsian X.com @farhanajafri.

Perkongsian yang tular itu turut diakui oleh beberapa warganet yang lain. Difahamkan pemandu itu merupakan salah seorang daripada tiga pemandu terbaik RapidKL.

“Dah pernah naik dengan dia. Baik betul. Dia bawa T815, pusing Universiti Malaya. Selalu bagi salam, beritahu penumpang lokasi berhenti seterusnya dan macam-macam lagi. Dia pernah jadi Top 3 pemandu bas RapidKL terbaik daripada 1,300 pemandu di Kuala Lumpur,” kata X.com @airous2002.

Dalam pada itu, X.com myrapidkl berasa senang hati mendapat komen positif daripada penumpang mereka.

“Hi Anna J, Terima kasih banyak kerana berkongsi dengan kami. Pujian anda akan kami sampaikan kepada Pemandu Bas kami. Terima kasih sekali lagi, dan semoga hari anda menyenangkan!” kata Rose, admin X.com myrapidkl.