Jawatankuasa Road To Gold (RTG) sebentar tadi telah memutuskan untuk mengeluarkan penerjun wanita negara Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri daripada program itu.

Menurut satu kenyataan rasmi dikeluarkan jawatankuasa tersebut, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri telah melakukan yang terbaik untuk membanggakan negara sepanjang tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tetapi malangnya di sebalik usaha terbaik mereka, kedua-duanya tidak berjaya mara ke Sukan Olimpik Paris menerusi Kejohanan Akuatik Dunia baru-baru ini di Doha, Qatar yang menjadi acara kelayakan terakhir awal bulan ini.

“Tetapan kriteria program RTG yang jelas, jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri daripada program RTG.”

“Bagaimanapun, kedua-duanya akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara.”

“Jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan mereka dan Program Podium akan bekerjasama rapat dengan atlet dan persatuan untuk memastikan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri menerima semua sokongan untuk mereka menemui semula rentak yang diharapkan sebelum dipertimbangkan semula untuk dimasukkan ke dalam program pada masa hadapan.”

“Dengan penyingkiran atlet ini daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG seperti platform latihan gim kering baharu (5m), pusat pemulihan khusus dan papan anjal baharu yang diluluskan FINA (yang akan tiba tidak lama lagi) akan menjadi pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua penerjun kebangsaan.”

Dalam perkembangan sama mengenai sukan terjun, Bertrand Rhodict Lises telah diserapkan ke Program RTG dan Program Fast-Track.

Program Fast-Track merupakan misi dalam mewujudkan atlet muda dan berbakat yang baharu berumur antara 16 hingga 25 tahun yang berpotensi untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.