Terpalit dengan pelbagai isu sejak mula dibangunkan, projek Light Rail Transit 3 atau lebih dikenali dengan nama LRT3 nampaknya bakal diteruskan melalui cadangan terbaru seawal November ini dengan bajet yang lebih rendah berdasarkan beberapa syarat-syarat yang dipersetujui.

Berdasarkan laporan, projek LRT3 ini pada mulanya dikhabarkan bakal disiapkan dengan bajet sekitar RM10 bilion. Walaubagaimanapun, bajet yang diperlukan ternyata lebih tinggi berbanding yang dijanjikan dimana keseluruhan projek ini bakal menelan belanja sebanyak RM31.65 bilion.

Sumber: trx

Melihat kepada kos sebenar yang tinggi, pihak kerajaan pada mulanya memihak untuk membatalkan projek ini. Walaubagaimanapun, projek ini diteruskan semula melihat kepada keperluan orang ramai terhadap laluan yang ditawarkan LRT3.

Dengan kerjasama bersama MRT Resources Corp Bhd dan George Kent Bhd projek ini diteruskan semula selepas rundingan terbaru dibuat dengan kos perbelanjaan sekitar RM16.63 bilion menurut laporan terbaru Menteri Kewangan Malaysia.

GK
George Kend Bhd, syarikat yang bakal membangunkan projek LRT3. Sumber: themalaysianreserve

Berdasarkan perjanjian pengurangan kos yang dibuat, LRT3 bakal diteruskan dengan pengurangan kepada tiga gerabak dengan 22 tempat duduk berbanding enam gerabak 42 tempat duduk yang dijanjikan sebelum ini.

Selain itu, projek ini bakal disiapkan sepenuhnya sekitar tahun 2024 bagi mengurangkan acceleration costs. Terowong sepanjang dua kilometer pada stesen Persiaran Hishamuddin, Shah Alam turut dibatalkan untuk mengurangkan kos.

Sumber: themalaysianreserve

Pengenalan LRT3 sepanjang 37 kilometer ini sekaligus diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas disamping membantu pengguna yang kerap mengakses laluan ini. Laluan ini bakal melalui kawasan sekitar Johan Setia di Klang sehingga Bandar Utama, Petaling Jaya.

Projek ini dijangkakan memberi kemudahan kepada dua juta pengguna dengan jumlah pengguna sekitar 36,700 penumpang setiap jam pada setiap laluan. Pada pendapat anda, wajarkah projek ini diteruskan?

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

Sumber