Tahniah diucapkan kepada Encik Kuang Chee Heng dalam usaha membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan ‘Uber Kentang RM0.10’.
Menurutnya, projek Uber Kentang 10 Sen ini hanya ditawarkan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan membayar kos pengangkutan ke hospital.
Satu usaha murni yang cukup membanggakan, dalam masa yang sama perkara ini turut mendapat ramai perhatian rakyat Malaysia untuk turut sama-sama membantu aktiviti kebajikan ini.
Saya menangis. RM 10 sebulan.
“Saya lihat bagaiman keadaan orang miskin yang ingin pergi hospital untuk mendapat rawatan. Yang cuci buah pinggang, yang cuci kaki, potong, yang sakit macam-macam.
Mereka tak berduit ke hospital. Temu janji di abaikan, di tinggalkan kerana tak ada duit ke hospital. Nak naik bas, tak ada direct bus. Nak naik LRT tak ada direct LRT. Teksi fare mahal.
Semalam saya beritahu En Amin. Saya gajikan kamu RM1,400. Kamu bawa semua orang sakit ini ke hospital. Ikut keperluan. Minyak dan maintenance kereta kita beri. Ini membolehkan ramai yang miskin dapat pergi menerima rawatan.
Terima kasih kepada anda semua. Ini boleh tercetus kerana kamu semua support page ini. Kerana kamu semua ‘giler’. Saya sekarang minta 200 orang dalam page ini untuk derma. RM10 sebulan, untuk kita bayar gaji dan duit maintenance kereta. Jom, siapa yang nak bersedekah, sila call saya di 012 2732148. Bagi nama. Kita kongsi ramai-ramai dan jayakan program ini.
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MISKIN. JOM GILER. Only 200 person yang di perlukan. ” – Kuang Chee Heng
Perkongsian Encik Kuang Chee Heng di Facebook ini mendapat lebih dari 3 ribu perkongsian dalam masa satu hari sahaja.
Selain itu, Encik Kuang juga aktif dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan yang lain seperti memberi sumbangan dalam bentuk bantuan makanan.
Terkini Encik Kuang berjaya mendapatkan 2 biji lagi kereta untuk projek ‘Uber Kentang RM0.10’ yang dibelinya pada harga RM0.10 hasil sokongan rakyat Malaysia yang prihatin.
Sekali lagi Rakyat Malaysia bersatu padu dalam membantu golongan kurang bernasib baik. Syabas Malaysia, diharap aktiviti kebajikan seperti ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selamanya.
Baca juga: Ditipu Pembeli Mainan Pokemon, Bagaimana Rakyat Malaysia Bersatu Menolong Penghidap Kanser Ini