Pada minggu lalu dilaporkan lebih 80,000 pelancong negara ini mengambil peluang musim cuti sekolah untuk melawat dan bercuti ke Thailand.

Perkara itu telah menarik perhatian dan menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ramai pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Naib Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Kamarun Ab Rahman berkata promosi pelancongan di Malaysia yang begitu lemah terutama sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir didapati menjadi faktor utama mengapa pelancong dari negara ini lebih memilih bercuti ke selatan Thailand.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu tidak dapat dinafikan kerana perangkaan menunjukkan hampir sejuta pelancong Malaysia memasuki Thailand pada akhir 2022.

Angka tersebut sebenarnya merupakan petanda yang amat membimbangkan untuk industri pelancongan dalam negara.

“Pelancong negara kita yang sedia ada ini sudah pun mengalih pandangan mereka ke lokasi menarik di selatan Thailand dan ada yang mengatakan bahawa daya tarikan ini berpunca daripada harga makanan, hotel dan mungkin juga cenderamata yang murah.

“Namun sebab apakah mereka ini lebih memilih bercuti di Thailand dan pada pandangan kami mudah saja, sebenarnya sejak PKP berakhir industri pelancongan di negara saya lihat promosinya sangat lemah.

“Kita membuat promosi di negara luar seperti di Asia dan Eropah selain menyertai pameran bertaraf antarabangsa, tetapi mereka tidak datang ke Malaysia.

“Malah, kita lihat sendiri promosi di negara kita sangat kurang dan jika dulu kita ada program Cuti-Cuti Malaysia dan lihat bagaimana sambutan orang ramai terhadap program ini, sekarang promosi seperti ini kurang dan kalau ada pun saya lihat hanya kerajaan Sabah dan Sarawak yang betul-betul membuat promosi.

“Tetapi di Semenanjung Malaysia sangat kurang promosi yang begitu serius dibuat oleh agensi yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, kecenderungan rakyat Malaysia melancong ke Thailand yang dikatakan berpunca kos penginapan hotel, malam dan cenderamata lebih mahal di Malaysia.

Beliau sendiri sudah melawat ke selatan Thailand dan mendapati sebenarnya perkara itu (kos hotel, makanan dan cenderamata yang murah) adalah sesuatu di luar jangkaan.

Bagaimanapun, Kamarun menjelaskan di Thailand tidak semua barang atau makanan murah — ada juga yang mahal, sama seperti di Malaysia.

Kamarun mahu semua pihak memainkan peranan untuk menarik bukan saja pelancong tempatan melancong di negara ini, malah pelancong asing.

Terdahulu, difahamkan sebanyak 78,301 pengembara keluar ke negara jiran itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Manakala sebanyak 4,379 pengembara pula melalui ICQS Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap.

Sumber