Hari ini genap satu minggu model telefon pintar Apple terbaharu, iPhone 18 Pro masuk ke dalam pasaran Malaysia.

Antara ciri baharu iPhone 18 Pro yang mencuri tumpuan dunia adalah sistem kamera yang mempunyai kawalan kedalaman field (Depth of Field) semula jadi, prestasi pencahayaan rendah lebih baik, rakaman skala profesional (ProRes & Apple Log 2), serta kestabilan rakaman ekstrem.

Bagi membuktikan kebolehan ciri-ciri itu, seorang sinematografer dari United Kingdom, Matt Lewis telah merakam video menggunakan telefon pintar Apple tersebut.

Bangga Proton Iswara Digunakan Dalam Iklan

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah semasa babak pelakon berlari menaiki kereta Proton Iswara. Kereta tersebut mempunyai sunroof pada bahagian bumbungnya.

Pada bahagian pintu penumpang belah kanan telah dilekatkan dengan rig kamera untuk merakam pelakon di dalamnya semasa kereta bergerak.

Warganet dari Malaysia meninggalkan komen, meluahkan rasa bangga melihat kereta buatan Malaysia itu digunakan untuk iklan video kamera iPhone 18 Pro.

“Saya nampak Proton Iswara di situ.

“Bangga jadi anak Malaysia.

“Legenda Proton Iswara.

“Datang sini nak tengok Proton Iswara.

“Kereta Proton Iswara mendunia.

“Kita tak tengok iPhone, kita tengok Proton,” kongsi warganet.

Sumber