Sebentar tadi Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan melalui laman Facebook rasminya pelancaran model Proton Exora 2023 di PROTON KEB Auto Sdn Bhd TTDI Kajang, Selangor.

MPV itu hadir dengan dua pilihan varian iaitu 1.6T Executive CVT yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM62,800 dan 1.6T Premium CVT (RM69,800).

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Kedua-dua varian itu masih dikuasakan oleh enjin empat-silinder 1.6 liter Campro turbo yang sama seperti model terdahulu. Ia turut mempunyai kotak gear transmisi CVT, yang menjana kuasa 138hp dan 205 Nm tork.

Antara beberapa ‘upgrade’ pada model 2023 ini, penggunaan bentuk logo Proton baharu di gril hadapan dan bahagian belakang. MPV ini turut dilengkapi dengan lampu DRL LED, roda aloi 16-inci menggunakan kemasan dwi-tona, skirting sisi dan spoiler pada bahagian bumbung belakang.

Untuk bahagian dalam kabin yang luas ini pula, varian ‘Premium’ hadir dengan balutan kulit penuh, roda stereng menggunakan logo Proton baharu dan standard ‘Penapis Kabin N95’ dalam penghawa dingin.

Sumber Gambar: Proton

Varian tertinggi ini juga turut dilengkapi dengan skrin sesentuh 7-inci yang mempunyai kawalan suara ‘Hi Proton’ dan sambungan internet 4G melalui kad eSIM. Antara fungsi-fungsi lain yang digunakan pada model 2023 ini adalah termasuk stream muzik, live navigation, sambungan kepada telefon pintar, fungsi mirroring untuk Android serta hotspot Wi-Fi.

Bagi ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah dua beg udara SRS, ABS, EBD, ESC, sistem kamera undur, pengesan parkir belakang dan lampu berhenti kecemasan.

Ini adalah kali ke-empat MPV tujuh tempat duduk itu mendapat kemas kini, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009 lalu. Untuk model baharu ini, Proton Exora 2023 boleh didapati dalam lima pilihan warna seperti Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red & Cocoa Grey.

Sumber Gambar: Proton

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton Exora, MPV buatan Malaysia pertama yang telah direka dan dibina dengan memikirkan keperluan rakyat Malaysia.

“Kemas kini terbaru pada Proton Exora 2023 yang juga produk terkemuka dalam kelasnya ini telah dinaik taraf dan membuatkan ia lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang, merentasi pelbagai aplikasi dengan fokus untuk mengukuhkan ciri kuasa, ruang dan nilai.

“Dengan lebih 180,000 unit terjual sepanjang 13 tahun, Proton Exora adalah MPV segmen C dengan penjualan terbaik setakat ini, sehingga hari ini masih mengekalkan kedudukannya,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Proton Exora 2023, tempahan telah pun dibuka secara dalam talian atau anda boleh membuat tempahan untuk test-drive di mana-mana pusat pameran Proton yang sah berhampiran anda.

Sumber Gambar: Proton
Sumber Gambar: Proton

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada Mei lalu Proton telah melancarkan model Saga MC20 dengan pilihan empat varian. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Proton Saga MC2 ‘Facelift’ Dilancarkan Dalam Empat Varian, Harga Bermula RM34,400

Polis Kenya Pilih SUV Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

Proton Saga Diiktiraf Sebagai Kereta Sedan Terlaris Di Kenya Untuk Tahun 2021

Sumber