Bagi memudahkan pengguna lebuh raya, PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. telah mengumumkan satu kerjasama strategik.
Memetik kenyataan rasmi, di bawah perjanjian tersebut, setiap Proton X50 baharu akan dipasang siap dengan tag Touch ‘n Go RFID di barisan pengeluaran.
Baca Juga:
- Pertama Di Dunia, PROTON Lancar Sistem Pengecaman Suara Bahasa Melayu Dikenali ‘Aisyah’

- Ditamatkan Secara Senyap, Proton R3 Motorsport Terkubur?

- Tampilkan Pelakon Terkenal Mesir, Ini Iklan Proton Saga Paling ‘Action’

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih pintar dan mudah kepada pengguna di Malaysia.

Selain Proton X50, terdapat potensi untuk meluaskan kerjasama antara kedua-dua syarikat ini kepada model PROTON lain.
“Dengan pelancaran model lain yang telah dirancang, PROTON berhasrat untuk memperluas pemasangan tag Touch ‘n Go RFID kepada model-model lain bagi menawarkan tahap kemudahan yang lebih tinggi kepada pelanggan kami.
“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, dan kami percaya ini adalah salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan ke arah mencapai matlamat tersebut,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.