Seperti ramai sedia maklum, Istana Negara sebelum ini mengumumkan untuk parti-parti politik untuk membentuk gabungan sekaligus mengemukakan calon Perdana Menteri pilihan mereka selewat-lewatnya 2 petang pada hari ini.
Walau bagaimanapun, melihat kepada situasi politik semasa, Yang di-Pertuan Agong pada hari ini telah perkenan proses bagi ketua parti-parti dan gabungan politik untuk mengemukakan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok.
Baca Juga:
- PRU15: Pihak Istana Sediakan Khemah, Makanan Dan Minuman Untuk Keselesaan Pengamal Media Bertugas
- PRU15: Gabungan Parti Belum Selesai, Zahid Hamidi Minta Lebih Masa Kepada Istana Negara
- PRU15: Istana Negara Mohon Calon PM Dikemukakan Sebelum Petang Esok
[BREAKING] Agong perkenan proses bagi ketua parti-parti dan gabungan politik kemuka gabungan pasca PRU 15 bagi bentuk kerajaan baharu, calon Perdana Menteri dilanjut sehingga 2 petang esok – Istana Negara @501Awani pic.twitter.com/0TOLHZaIKV
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) November 21, 2022
Hal ini sekaligus memberi ruang dan masa untuk parti-parti politik berbincang bagi membentuk kerajaan gabungan sekiranya mempunyai majoriti. Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memohon agar lebih masa diberikan sebelum calon Perdana Menteri Malaysia ke-10 dikemukakan.
Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.