Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak, Mutalib Uthman bakal mencabar penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Abdul Hakim Abdul Wahid daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan ditentukan esok.
Terbaharu, Mutalib melancarkan janji beliau jika dipilih sebagai ahli parlimen Masjid Tanah. Keseluruhan manifesto beliau adalah terarah kepada kelangsungan hidup penduduk Masjid Tanah dan juga pemuliharaan kawasan bersejarah yang terdapat di kawasan dengan hampir 100,000 penduduk.
Baca Juga:
- PRU15: Caprice Letak Harga RM1 Juta Untuk Tawaran Berkempen Di TikTok
- PRU15: Hanya Tunjuk Jari Dengan Dakwat Biru, Ini Senarai Promosi Menarik Untuk Anda Tebus Esok
Melalui bebenang yang diciap oleh Mutalib Uthman di laman Twitter miliknya, antara fokus beliau jika diberi peluang untuk memimpin Masjid Tanah adalah dengan pemuliharaan tempat bersejarah seperti Makam Dol Said, Megalith Datuk Tua, Muzium Warisan dan Sejarah Naning dan Perigi Gaung.
Mari saya cerita. Banyak boleh kita lakukan untuk Masjid Tanah. Saya bukan nak tukar landskap di sini. Tetapi mahu berikan nafas baru kepada Masjid Tanah. Masjid Tanah berpotensi, hanya tunggu peluang.
(Ini ialah bebenang)
— Mutalib Uthman (@mutalibuthman) November 17, 2022
Bagi kelangsungan hidup masyarakat Masjid Tanah pula, beliau berjanji akan membina sebuah trak lumba di jalan raya, meningkatkan jualan produk penduduk Masjid Tanah, membina sebuah McDonald’s, menaiktaraf pembangunan di Pengkalan Balak bagi menarik pelancong tempatan dan menjanjikan sebuah capaian internet yang pantas di kawasan Parlimen Masjid Tanah.
Perkara ini turut diterjemahkan melalui papan tanda yang dibina di sepanjang kawasan Masjid Tanah. Dalam ciapannya di laman Twitter, Mutalib berkata bahawa, “Muda adalah counter-culture. Kita bawa politik fun. Kita bawa politik cool. Yang penting kerja masih jalan!”
MUDA ialah counter-culture.
Kita bawa politik fun. Kita bawa politik cool.
Yang penting kerja masih jalan! #MasjidTanahKitaPunya#MutalibUthman #PRU15 pic.twitter.com/7UFLPiKulC
— Mutalib Uthman (@mutalibuthman) November 18, 2022
Ia bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, tetapi juga pengguna maya yang merasakan ini adalah satu idea yang kreatif untuk menarik pengundi Masjid Tanah.
PLEASEE WUJUDKAN MCD DEKAT MASJID TANAH, SENANG STUDENT ALOR GAJAH NK BELI MCD, XYAH GI AYER KEROH SANA🤧🤧 https://t.co/yBXWbiRKSm
— Megat (@irma_tagem) November 18, 2022
Tapi betul, aku pun stress takde line 4G kat Masjid Tanah ni. https://t.co/GU2SykgaVy
— MØhsein 🇲🇾 (@iammohsein) November 18, 2022
Masjid Tanah sepanjang kempen Pru15 nama terus naik. Billboard yang fancy dan cheeky mewarnai Mastana yang mana esok akan menentukan siapakah wakil rakyat yg akan membela nasib mereka. Semoga kemenangan dipihak lu @mutalibuthman! Brilliant campaign. pic.twitter.com/MCHwHPa2Iu
— Jarr #RakyatJagaRakyat (@JarrNadjmuddean) November 18, 2022
Untuk rekod, Parlimen Masjid Tanah bakal menjadi medan perang pertama Mutalib dalam karier politiknya. Beliau bakal menghadapi saingan sengit oleh Barisan Nasional yang pernah menjadikan Masjid Tanah sebagai kubu kuat mereka. Cabaran ini ditambah pula dengan kehadiran Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai rekod yang baik sepanjang menjadi ahli parlimen Masjid Tanah.