Pada tahun 2020 lalu, ketika situasi yang agak sama yang berlaku pada hari ini, Yang Di-Pertuan Agong pernah mengagihkan KFC dan McDonalds kepada pengamal media yang sedang menunggu perkembangan politik negara ketika itu.

Hari ini sekali lagi pengamal media ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara untuk membuat liputan perkembangan politik, di mana semua orang sedang menunggu berita siapakah bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu ciapan Faris Danial, pengamal media daripada Astro Awani telah berkongsi rakaman video pendek di mana pihak Istana Negara telahpun menyiapkan beberapa khemah serta makanan dan minuman kepada para media yang bertugas di situ.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi belum ada pergerakkan daripada mana-mana pemimpin gabungan parti politik di sini.

“Mujur pihak Istana Negara sediakan makanan & minuman untuk kami pengamal media,” petik ciapan Faris Danial.

Dalam video yang dikongsikannya, pihak Istana Negara ada menyediakan khemah berserta kipas, meja dan kerusi. Bagi mengisi perut pula terdapat pek makanan, air kotak dan air mineral disediakan. Terdapat tong sampah juga diletakkan berhampiran khemah-khemah berkenaan.

Selepas keputusan penuh PRU15 diumumkan pada malam Sabtu lalu, pihak Istana Negara telah memohon parti-parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan campuran mengemukakan nama calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang hari ini.

Bagaimanapun, selepas perjumpaan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (Barisan Nasional) berkumpul dan berbincang mengenai gabungan di Hotel Seri Pacific pada pagi tadi, Zahid Hamidi mahu memohon lebih masa kepada Istana Negara dalam usaha menentukan siapakan calon Perdana Menteri Malaysia seperti yang diminta.