Seperti ramai yang sedia maklum, negara kita akan mengadakan pilihan raya umum ke-15, Sabtu ini pada 19 November 2022. Individu hanya boleh memangkah satu undi sahaja dan undi adalah rahsia.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah berkongsikan video tatacara ketika mengundi semasa langkah-langkah untuk mengundi pada PRU15 nanti. Video ini sedikit sebanyak bakal membantu pengundi kali pertama terutamanya mereka yang baru cecah usia 18 tahun.
Baca Juga:
- ‘Dakwaan Data Pengundi Bocor Demi Kaut Keutungan Adalah Tidak Benar’ – Menteri Dalam Negeri
- PRU15: ‘Undi BN, PH Masuk Neraka’ – Pemuda PAS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Tak Cerdik
- PRU15: Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Menyemak Tempat Mengundi Menerusi Aplikasi Sahaja
Aliran untuk mengundi ketika PRU15
Masuk ke dalam tempat mengundi dan berdiri di hadapan Kerani Pengundian (KP) yang pertama (KP1). Serahkan kad pengenalan bersama dengan slip semakan atau screenshot My SPR semak anda kepada KP1. KP1 akan menyemak nama anda dalam daftar pemilih pilihan raya.
KP1 kemudiannya akan membuat perbandingan wajah anda dengan kad pengenalan. Tunjukkan kedua-dua belah tangan anda kepada KP1 untuk diperiksa. KP1 akan menyebut nombor kad pengenalan dan nama anda. Pastikan nombor kad pengenalan anda diterikkan dengan betul.
Kemudiannya anda perlu bergerak ke hadapan KP2. Celupkan jari telunjuk kiri anda ke dalam botol rakyat pilihan raya dan seterusnya bergerak ke meja KP3.
Terima kertas undi daripada KP3 dan bergerak ke meja KPM untuk meletakkan telefon bimbit anda. Letak telefon bimbit anda dalam bekas yang telah disediakan.
Bergerak ke petak undi untuk menandakan kertas undi anda. Pilih atau pangkah satu calon sahaja dengan betul. Lipat semula kertas undi anda dan bergerak ke peti undi. Masukkan kertas undi anda ke dalam peti undi.
Sebelum beredar, jangan lupa untuk ambil semula telefon bimbit anda di meja dan segera tinggalkan saluran.
Mengundilah demi masa depan negara kerana setiap undi bakal menentukan siapa yang bakal mentadbir negara untuk penggal yang akan datang. Selamat mengundi!