Tenaga Nasional Berhad melaporkan bahawa terdapat gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak. Perkara ini dilaporkan sendiri oleh TNB di laman Twitter miliknya.
“Merujuk video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).
Baca Juga:
- PRU15: Berang ‘Didaftarkan’ Sebagai Pengundi Pos, Wanita Ini Protes Tidak Mahu Beredar Dari Pusat Undi
- PRU15: Selamba Muat Naik Rakaman Ketika Mengundi, Tindakan Individu Ini Undang Kecaman Netizen
“Bekalan TNB disahkan baik & teratur. Ianya berpunca dari kerosakan dalaman di pihak pengguna & disahkan pihak SPR,” katanya dalam ciapan terbaharu yang dimuat naik sebentar tadi.
Merujuk video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).
Bekalan TNB disahkan baik & teratur. Ianya berpunca dari kerosakan dalaman di pihak pengguna & disahkan pihak SPR. pic.twitter.com/SRBsd4L22Q
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) November 19, 2022
TNB berkata bahawa pihaknya akan terus memantau bekalan elektrik di beberapa kawasan penting bagi memastikan proses pengiraan undi ini dapat diselesaikan tanpa sebarang gangguan.
“TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan kekal stabil sepanjang proses pengiraan undi ini selesai,” katanya.
Untuk rekod, kiraan undi untuk Parlimen Gombak sedang berlangsung. Bagi keputusan tidak rasmi, difahamkan bahawa calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Amirudin Shari kini mendahului lima calon lain, lapor Utusan.