Tindakan seorang lelaki yang kedekut dan membeli perisian permainan video PS5 secara haram telah membawa padah.

Hanya kerana tak mahu rugi beratus ringgit, kini dia rugi beribu ringgit. Kerana PS5 miliknya telah dikenakan ‘console banned’. Bermakna konsol tersebut tidak boleh diakses lagi untuk selama lamanya.

Apa Itu “Console Banned” Pada PS5?

“Console banned” bermaksud seluruh konsol PS5 disekat daripada mengakses PlayStation Network (PSN).

Apabila sekatan konsol dibuat, bermakna PS5 tidak boleh login PSN, bermain online, memuat turun game atau menggunakan PlayStation Store — walaupun anda tukar akaun lain.

Ianya berbeza dengan sekatan akaun, di mana konsol masih boleh digunakan, hanya dengan membuat akaun baharu atau masuk dengan akaun lain.

Jadi, berbeza dengan “account ban” yang hanya menyekat akaun, console ban menjejaskan seluruh konsol dan biasanya bersifat kekal.

Sebelum ini ‘console banned’ sudah dikuatkuasakan, terutama sekali pada PS4, namun toleransi oleh pihak PlayStation sebelum ini membuatkan tidak ramai yang dikenakan sekatan konsol pada PS4 apabila melakukan kesalahan.

Tetapi pada PS5, pihak PlayStation lebih tegas kerana pengguna sudah diingatkan tentang salah laku ketika menggunakan konsol.

Apa punca?

Antara punca utama ialah penggunaan cheat/jailbreak, transaksi penipuan, perkongsian game secara tidak sah, atau penggunaan perisian/hardware tidak rasmi.

Ringkasnya, console ban ialah hukuman paling berat daripada Sony dan sukar dipulihkan. Walaupun ramai pemain cuba membuat rayuan dan menghubungi Sony, tetapi dikatakan agak sukar mendapat kemaafan daripada Sony.

Kes di Malaysia

Itu yang berlaku kepada seorang pengguna PS5 di Malaysia. Akibat terlalu kedekut untuk membeli perisian permainan yang asli di gedung rasmi. Dia menanggung rugi ribuan ringgit.

Perkara tersebut dikongsikan seorang influencer yang mempersoalkan tindakan lelaki itu:

“Tengok gambar ini, nak menyesal pun tidak berguna sudah.

“Kamu beli PS5 mahal mahal, takkan tak mampu beli game PS5 asli kot?

“Memang game PS5 agak mahal, namun apabila sudah terjadi seperti ini – console banned – buang masa sahaja, dan duit. Ianya satu kerugian.

“Ianya kerana kamu beli game di platform atas talian yang lain. Apabila sudah disekat seperti ini, ianya bukan sementara, namun kekal untuk seumur hidup [konsol tersebut].

@_mika500

padah nk jimat kena banned konsol #ps5 #mikaeco #plastation

♬ original sound – mikaEco – mikaEco

“Bermakna konsol itu sudah tidak boleh digunakan untuk bermain game sudah.

“Kiranya, kamu ambil balik konsol ini [dari kedai membaiki konsol], dan buat tukun sahajalah di rumah.