PSG (Paris Saint Germain) terus mengukuhkan penguasaan mereka di Eropah selepas menewaskan Aston Villa 2-1 untuk menjulang Piala Super Eropah 2026 di Salzburg.

Edisi kali ini mempertemukan PSG selaku juara UCL dengan Aston Villa selaku juara UEL.

Ia juga menandakan bermulanya musim baru untuk pertandingan kelab kelab eropah.

PSG membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Khvicha Kvaratskhelia. Pemain Georgia itu memanfaatkan kecuaian pertahanan Villa sebelum melepaskan rembatan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol Maarten Bizot.

Namun, Villa bangkit sebelum tamat separuh masa pertama apabila penyerang berusia 17 tahun, Brian Madjo, menyamakan kedudukan pada minit ke-45. Gol itu menjadikan Madjo pemain termuda pernah menjaringkan gol dalam sejarah Piala Super Eropah.

PSG kembali di depan pada minit ke-61 menerusi Désiré Doué. Gol tersebut pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, tetapi semakan VAR mendapati Matty Cash sebenarnya memainkan Doué dalam keadaan onside.

Villa cuba mencari gol penyamaan pada baki perlawanan, namun PSG berjaya bertahan sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan PSG menjadi kelab ketiga dalam sejarah yang memenangi Piala Super Eropah dua tahun berturut-turut, selepas AC Milan dan Real Madrid.