Permainan video popular, PUBG Mobile tampil membuat permohonan maaf, kerana ada item yang mereka keluarkan dalam kemaskini baru baru ini dianggap menyinggung agama dan budaya sesetengah pihak.

PUBGM menyatakan bahawa kesilapan tersebut tidak disengajakan dan kekal komited menjaga sensitiviti agama dan budaya semua pemain yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan latar belakang.

PUBGM berkata:”PUBG MOBILE ingin menangani kebimbangan mengenai nama satu item yang baru-baru ini dikemas kini dalam permainan.

“Kami benar-benar memohon maaf kepada para pemain dan menghargai maklum balas yang kami terima daripada komuniti.

“Kami menghormati nilai, tradisi dan amalan para pemain kami serta kesal atas rasa tersinggung dan kesedihan yang telah kami timbulkan. Kami telah membuang item tersebut serta-merta daripada permainan.

“Di PUBG MOBILE, kami menghargai dan menghormati semua agama serta berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan inklusif untuk semua.

“Kami akan terus mendengar pandangan pemain sambil meneliti semula kandungan kami dan memperkukuhkan proses semakan kandungan bagi memastikan permainan kami sensitif terhadap pelbagai agama, budaya dan amalan.

“Kami berterima kasih kepada para peminat kerana membawa isu ini kepada perhatian kami.

“Terima kasih kepada para pemain atas sokongan dan minat berterusan anda terhadap PUBG MOBILE.”