Pada malam semalam ada satu persembahan bunga api telah mengejutkan orang ramai yang masih berada di sekitar kawasan sekitar KLCC

Ramai menyangkakan ia bersempena dengan bulan kemerdekaan yang jatuh pada bulan ini.

Menerusi hantaran Facebook Public Bank, persembahan bunga api itu meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-60 bertemakan “Celebrating The Day It All Began”.

Sambutan ini menandakan perjalanan bersejarah selama enam dekad bank berkenaan dalam membangunkan sektor kewangan dan memberikan perkhidmatan terbaik di Malaysia.

Majlis sambutan gilang-gemalang ini diadakan pada 6 Ogos 2026, jam 8.30 malam bertempat di Menara Public Bank.

Acara ini menjadi detik penting bagi menghargai pencapaian perniagaan serta sokongan padu daripada pelanggan dan pemegang taruh sepanjang 60 tahun.

 

View on Threads

 

Bagi membolehkan orang ramai di seluruh negara turut serta meraikan detik bermakna ini, majlis tersebut turut telah disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi YouTube dan Facebook Public Bank.

Selaras dengan slogan utamanya, “Bank for the People”, Public Bank komited untuk terus melangkah ke hadapan dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berintegriti, diyakini, dan mesra rakyat demi kesejahteraan masyarakat.